Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 26, 2010

CILI CAMERONKU










Salam buat semua...hari ini tak ada apa nak cerita...cuma nak tayang pokok cili cameron akk ni...akk pun dah lupa cili apa yang akk tanam....apa taknya...naik sikit kena potong ngan siput...pastu hidup subur je...tak sabar nak tunggu pkk cili mengeluarkan hasil......lepas berbunga..berbunga lagi...buahnya tak lekat2....saspen gak..ingatkan cili besar atau cili kering...bila kita asyik belek2 je pkk ni memang tak nampak langsung buahnya....dlm seminggu akk tak belai2 dia,barulah nampak putik2nya yang bulat. Cili ni cantik tapi pedasnya melampau sangat.

Inilah buah cili cameron akk....tanam biji benih je ni
Snap pic sambil tayang munge2 yang rajin berbunga ini,  tengah berputik...ambil masa yang lama juga...gambar ni akk snap masa awal puasa hari tu









Ini pula baru2 tengah belajar berbunga...lama rasanya nak keluarkan hasil...tapi pedas sangat nak makan pun tak boleh....sekadar hiasan semata2

Saturday, September 25, 2010

NASI BERIANI

Salam dan selamat petang buat semua...di Kuala Lumpur ni hujan masih renyai2 lagi....apa khabar rakan2 sekelian...akk harap semuanya sihatlah hendaknya.  Tentu masing2 sibuk mengadakan rumah terbuka dan juga memenuhipelawaan kawan2 ke majlis rumah terbuka.

Hari ini akk masak nasi beriani...semalam dah beli nasi beriani...tapi hari ni buat sendiri pulak. terima kasih buat LINAPG yang bagi resepi ini pada akk...memang sedap, cuma kesilapan teknik sikit....maklumlah tak pernah masak nasi 1 kg dalam rice cooker..nasi penuh satu periuk...hingga seesak nafas...padat gitu. Apa2 pun nasi ni memang sedap...kalau buat lain kali kena guna rice cooker yang besar sikit,.

Akk masak kari ayam je, memandangkan daging tak ada pulak kat umah ni..lagi pun kalo nak buat daging hitam kesukaan akk tu ambil masa yang lama sikit..kena perap2 dulu baru sedap...psssttt Lina lain kali letak la pulak resepi daging hitammu itu ya. Resepi nasi ni walaupun nampak simple tapi rasanya memang sedap sangat.

Lina..minta izin akk ya akk nak Copy n paste resepi ni untuk rujukan masa hadapan......
.


BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo beras basmati ( cuci bersih dan rendam +/-30min)
  • Air (sama ngan sukatan beras )
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • Rempah tumis 4 beradik 
  • Ayam ( ikut suka byk mana tp yg kat gambo xboh ayam)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 2 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega
CARA PENYEDIAAN:
  1. Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masak
  4. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut
  5. Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  6. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  7. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkiykan aroma nasi beriani ni.
  8. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasa.

Kari ayam

Acar buah yang semamgnya ada dalam peti ais .... nasi beriani ni sedap walupun tanpa ayam masak merah n daging hitam.
Tq ya Lina .

Thursday, September 23, 2010

BUAH DELIMA MERAH

Salam dan selamat pagi buat semua..sedapnya buah delima merah ini....rasanya teramat manis. Dah lama akk dok intai2 cari buah delima ni..namun tidak ku temui juga...akhirnya dekat2 nak raya hari tu abe ada jumpa buah ni jual kat UM harganya pun mahal sikit..selalunya 5 biji dapat rm 10.00..yang ini mahal la pulak.  Tq ya sempat la juga merasa buah delima ini sebelum bersalin......doa2kan lah agar akk mudah bersalin nnt ya kwn2 sekelian. Ok lah jom tgk buah delima merah ni...yang di peercayai banyak khasiatnya......


Cantikan buah delima ini...patut la ada perumpamaan menyatakan bibir bak delima merkah...dah lama akk tak makan buah delima ini...dengan biji2 dia sekali akk kunyah...sedap

Tuesday, September 21, 2010

SELAMAT HARI LAHIR MY LALING

Salam...hari ini 21.09.2010 merupakan hari jadi my kanda...dinda harapkan semoga kanda panjang umur , murah rezeki dan dilindungi Allah selalu dan semoga kebahagiaan kita ini berkekalan hingga ke akhir hayat.....saye sokmo ( harap2 abe akk baca la n3 ni hikhihk )



Dan buat anak akk  Muhammad Amirul Irfan, anak buah akk Wan Danial Hazim ( anak linapg), serta Muhd Akmal (anak buah abe)......selamat menempuh peperiksaan UPSR...semoga beroleh kejayaan yang cemerlang
...kita tunggu dan lihat lah nanti.....usaha tangga kejayaan...tiada usaha kejayaan pun lari......

Monday, September 20, 2010

AIDILFITRI - 10.09.2010

Salam buat semua sahabat di alam maya ini...akk harap semuanya sihat2 walafiat. Lebih2 lagi  dengam kehadiram shawal ini..makan tidak menentu...rumah terbuka sana dan sini...yang penting kesihatan mestilah dijaga......di sini akk inginkan kongsi gambar raya akk n famili......terima kasih buat Linapg dan suaminya merangkap adik ipar akk kerana menghantar gambar2 ini :~


Akk dan keluarga...patutnya tema purple...baju kurung akk mengecil pulak heheh..kena tunggu raya haji baru boleh pakai heheh


Bersama bondaku


Bersama adik2 akk n anak buah. tq buat Linapg...semua adik2 akk ada kecuali En Daun yang beraya di langkawi tahun....kita jumpa raya haji nnt ya Daun
Selamat hari raya buat semua..

Tuesday, September 14, 2010

KAD RAYA

Salam buat semua dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Malam tadi akk samapi KL dlm kul 10.00pm gitu..letih bangat..lama betul rasanya perjalanan. Bertolak pukul 11.45am sampai Kl 10.00pm...Tak nak cerita panjang2 lah...akk dapat 2 keping Kad Raya dari Dr. Inahar Ali dan Wachak..terima kasih ya .....

Kad raya dari Wachak..tq ya Chak
Dari Dr. Inahar  Ali





Kad yang baru akk terima...dari Azatiesayang...tq ya atie


Terima  kasih atas ingatan...semoga hubungan di alam maya ini berpanjangan

Monday, September 6, 2010

LOPAT TIKAM

salam dan selamat petang....petang ni akk nak letak gambar lopat tikam, kuih buka posa semalam. Kalo ada masa malam nanti aakk letak lagi n3. esok pagi kami akan pulang ke kampung...balik sekejap je, hari isnin akk dah balik KL. Jom lah tengok lopat tikam akk yang semakin pucat n tak berapa berseri ini. :~


Kuih ini rasa lembut sikit...semalam akk buat 2 adunan untuk memulangkan pinggan jiran akk...tengok tu pulut lebih banyak dari kuihnya...mmg pesen suka pulut. Untuk resepinya boleh KLIK-KLIK KAT SINI.

Selamat berbuka buat semua

SUP TULANG

Salam buat semua.....sup ni akk buat bila pun dah lupa..saje nak letak n3 sup ni biasa2 saje..ikut resepi bonda akk....

Semenjak bulan puasa..baru sekali ni akk buat sup tulang. Ok semua selamat berpuasa n selamat hari raya

Saturday, September 4, 2010

KUIH BAKAR / BINGKA

Salam buat semua...ada masa ni sempat lah akk letak n3....kuih bingka ni akk buat petang semalam resepi mama kastam tioman..akk ambil resepi di MYR...terima kasih buat mama n MYr ya

Untuk resepinya...minta izin ya mama n myr

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 3 1/2 cawan tepong gandum
  • 5 cawan santan ( ! biji kelapa )
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu makan planta
  • 3 biji telor
  • 1/2 tin jagong krim/ 1 cwn labu lecek/ biarkan plain aje + kale hijau

Cara-cara

  1. Pilih rasa yg di kehendaki, jagung, labu ( 1/2 biji labu kecil, di rebus dan di lecek ) atau biasa aje..kalu biasa aje + 1 sudu kecil kale hijau.
  2. Blend semua bahan sehingga sebati.
  3. Sapu acuan dengan minyak. Guna acuan berlubang di tengah. Tuang adunan dan bakar selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.
  4. Panaskan oven terlebih dahulu. Kepanasan 180/200 `C
Ok lah semua Selamat berbuka ya.....

TAT NONA

Salam buat semua....akk baru je siap buatkan tat nona. Resepi ni akk ambil dari teman sebilik akk di masa bujang2 dulu...memang setiap tahun biskut ini akk buat..walaupun susah nak gunting tapi biskut ni wajib akk buat tiap2 tahun. Buat room mate akk yang entah dimana berada sekarang akk harap dia sihat2 lah selalu, last akk jumpa dia tahun 1998 masa tu dia tinggal di Menara Sri Pulai Keramat..iaitu perumahan Navy...lepas tu dia pindah ke Lumut..akk pun hilang jejak dia, Buat Kak Ani atau Noraini Ibrahim yang berasal dari Felda Sungai Kelah, sungkai...Idda harap bahagia selalu di samping famili tersayang..resepi ni akan ku abadikan untuk rujukan masa hadapan...dan terima kasih...segala kenagan manis tetap terpahat di sanubari ini.

Panjang intro kali. Akk serta kan resepinya dekat sini...buat Adry tahun ni kalo nak makan tat nona ni kena suruh mahsuri buatkan ya......sian tak dapat balik kampung tahun ini. Dan buat Lina boleh lah merasa..sibbaik dah abis pantang......

Bukan untuk dijual heheh..bekas tahun lepas je..saje tak buang harga heheheh
Beginilah rupa tat nona..kalo gunting dengan cermat lagi cantik..tapi akk cincai2 je gunting..tak larat juga..akk buat 3 adunan....

TAT NONA

1 cawan tepung kastard
1 cawan buttercup
1/2 cawan gula halus
Esen vanilla
1 biji telur
11/2 @ 2 cawan tepung gandum
Kuning telur sebagai hiasan
Jem nenas secukupnya

Cara - cara

1. Ayak tepung kastard bersama tepung gandum.
2. Pukul butter bersama gula hingga gebu, kemudian masukkan  telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung...uli hingga menjadi doh...sekiranya doh lembik tambahlan tepung gandum.
4. Ambil sedikit doh..isikan jem nenas kemudian bentukkan bujur sedikit...lepas tu gunting mengitu kretiviti  masing2.....
5. Sapukan kuning telur..dan bakar sehingga masak

Selamat berpuasa buat semua.....dah penat ni...petang ni tak tau nak masak apa lagi....

DADIH PERISA KELADI

Salam dan selamat pagi buat semua...hari ini pagi2 lagi kena letak n3 kalo tak mlm baru dapat letak. Dadih ni akk buat 2, 3 hari yang lepas tapi tak sempat nak buat tayangan amal heheh.

Tak ada apa yang istemewa tentang dadih ni...akk beli serbuk dadih segera je...resepi pun ada kat paket dia.
Hari ini akk cadang nak buat tat kesukaan akk serta adik2 akk, iaitu tat nona.

Hari sudah tentu dah ramai yang pulang ke kampung halaman. Makin sunyilah Kuala Lumpur, dan lain2 tempat bila perantau puang ke desa.....berhati2lah di jalan raya ya...ingatlah orang yang tersayang......


Buat dalam bekas kecil2 senang sikit anak2 nak makan.....banyak dapat .....
Testing acuan baru, jauh datang acuan ni dari Sarawak lagi...terima kasih ya SUE

Friday, September 3, 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI

Salam buat semua..hari ini sungguh memenatkan...pagi2 lps hantar anak sekolah tadika..akk p  jalan2. Pahtu ambil anak, kul 12.00pm buat biskut kacang pulak...rasa mcm sibuk sangat..sambil2 buat biskut tu..akk masak sup tulang n bingka untuk buka puasa...dah siap buat biskut tu akk ketiduran pulak..selalunya terlelap depan tv je...hari ni tidur betul2 kat bilik pulak tu, sempat lah juga 1 jam akak lena....nak bangun tu penat sangat rasa bila tidur lama.

Asam pedas ni akk masak beberapa hari yang lalu...ikut resepi yang simple je....kalo masak asam pedas akk sorang jelah yang makan, anak2 tak sentuh pun, abe lak buka posa kat luar. Tak ada citer apa dah nak nulis pun tak berapa rajin hari ni......



Main tuang je lam mangkuk....tapi ikan pari ni kecil...sedap je kunyah tulang belulang dia tu....maaf la gambar tak senonoh heheh.

Ingat nak buat tat nona malam ni...tapi rasa mcm tak larat pulak nak gunting n gentel sorang diri...anak2 semua pg terawih kat masjid wilayah dah.....nampaknya tertangguh lagi la projek tat nona akk tu

Thursday, September 2, 2010

E-CARD RAYA PERTAMA

Salam dan selamat petang buat semua....msk2 semua dah siap, cuma tunggu time berbuka je. Dikesempatan yang ada ini akk ingin menggantungkan kad raya pertama akk untuk tahun ini. Kad ini akk terima pagi tadi dari Senyummm.Terima kasih banyak2 ya Senyummm;~


Di kesempatan ini akk juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Senyummm dan rakan2 dialam maya ini...semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila2......

MEE KARI

Salam dan selamat pagi buat semua. Mee kari ni akk buat beberapa hari yang lalu sebagai  menu buka puasa. Selalu buka ngan nasi sesekali beralih angin tukar ngan mee kari...best jugalah mendapat sambutan yang hangat dari isi rumah akk ni...siap bertambah2 makan. kalo makan nasi sikit je lah dijamahnya. Mee ni akk masak macam masak kari biasa je, cuma letak kiub ayam je seketul.

Buat gini baru akk laju sikit makan kerang kalo tak memang tak boleh nak telan...semenjak  dua menjak ni.
Selamat menjalani ibadah puasa...dan pada sesiapa yang akan pulang ke kampung tu, berhati2 dijalan raya....

Wednesday, September 1, 2010

KUIH CARA

Salam buat semua...bulan puasa ni dah 2 kali akk buat kuih cara ni..anak2 akk cukup suka dengan kuih cara ni. Kuih2 yang simple gini rajin sikit akk buat kalo yang payah2 n kena guna tenaga dan ambil masa yang lama tu malas juga akk nak buat. Akk selalu guna resepi ni je untuk buat kuih cara...rasanya lembut walupun menggunakan air . Jemput makan kuih cara ni ya.....



Resepinya boleh rujuk kat SINI ya

BISKUT SUSU / MILK COOKIES

Salam buat semua..tentu masing2 sibuk di akhir - akhir ramadan ni. Akk pun tak kurang juga bznya ....... Pagi ni akk sempat buat satu adunan biskut susu...sekejap je membuatnya. Resepi ini akk ambil dari MYresipi, dan resepi kepunyaan merpati66...terima kasih banyak2 buatMYR n melati. Izinkan akk C n P resepinya kat sini ya...untuk rujukan masa hadapan.

Akk buat kaler oren n hijau...jom kita tengok biskut yang simple ini ;~


Best je buat biskut gini...gentel2 je dh siap......

Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )

  • 250grm tepung jagung
  • 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
  • 1 sudu baking powder
  • butter /marjerin untuk uli tepung
  • perwarna -ikut suka

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung + susu cair
  2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
  3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
  4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
  5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan.. 

 Selamat berpuasa buat semua........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...