Sunday, November 28, 2010

KULAT PUSU @ CENDAWAN BUSUT





Salam dan selamat pagi buat semua. Subuh2 tadi akk dapat satu sms dari Hasue yang mengatakan dia selamat bersalin bby boy dalam kul 3.49 pagi tadi. Tahniah buat sue n famili atas kelahiran seorang lagi putera sebagai penyeri rumah tangga.

Berbalik pada tajuk n3 kali ini..iaitu kulat pusu, hari lepas balik dari beraya..terjumpanya kulat pusu ni tepi umah akk..cantik lagi sebab belum kembang sepenuhnya. Mcm tak percayakan kat Kuala Lumpur ni boleh dapat kulat gini, Selalunya kat kampung2 je dapat. Tapi kulat ni ada tepi umah akk hampir setiap tahun....iannya macam bermusim juga.

Cik abe akk suka sangat ngan kulat ni di masak sayur air bersama daun pucuk manis...best sangat. Tapi bagi orang yang lepas bersalin tidak digalakkan makan kulat ni, kerana kata orang tua2 boleh menyebabkan sakit urat saraf dan sakit badan...sejauh mana kebenarannya akk pun tak pasti.

Meh tengok kulat pusu ni pada sapa2 yang tak pernah tengok tu.......

Ginilah rupa kulat pusu tu
yang kecil2 gini best..sebab kalo yang dah kembang tu tak berapa selamat untuk dimakan..kerana ulat yang kecil2 tu suka ngan kulat ni.
Ini pulak siap di masak. masakan yang paling sinonim ngan kulat ni di panggil Sayur Air,
cara masak senang je, main lebur je . Akk guna 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit lada hitam, ( di tumbuk ) secawan air, garam n serbuk perasa. pucuk manis kalo ada. pas tu masak jelah  . Sedap rasanya manis2 cendawan ni

11 comments:

Salam kak rosa,
Do kota metropolitan pn ada jg cendawan busut ni ye. Ni dh kira rezeki. Pyh tu nk jmpa cendawan jenis ni skrg. Kulat pusu ni akan trs tmbuh setiap thn di tmpt yg sama krn sporanya akan kekal berada di situ. Ada baik jika akk biarkan dua atau tiga yg berkembang utk mgeluarkan sporanya.
 
Salam Adry @ Daun....mcm tak cayakan kulat ni ada kat umah akk..tp mmg setipa tahun ada..cuma kdg tu dh mala je.Hari tu a.ngah yg jumpa kalo akk mesti snap pic dulu
 
salam k.rosaliza..mmg sedap cendawan busut tuh msk ngan pucuk manis!klu selalu ujan mmg cendawan nie byk tumbuh...kak!mintak izin copy resepi daging itam & sup ayam lengkuas yer..
 
semua cendawan wa suka terutama cendawan kukur. masak lemak cili api sedappp ... he33
 
salam rosaliza..sedapnya..cendawan ni..sekarang akak tengok banyak orang jual.teringin nak beli..tapi en.abang akak tak bagi beli..kita tau orang tu ambik kat man..katanya..
frust betul akak..selera betul akak tengok gambar ni..kecur air liur dah ni..akak suka buat pindang..
 
salam kak ros,subhanallah, murahnya rezki akak,kat kota pun ada cendawan ni.
sedap kan cendawan tu.
di tempat saya tinggal ni,memang ada spesis yg pelbagai cendawan,suami cukup suka cendawan,memang banyak si sini.
 
Salam Azatiesayang.....mmg bestkan atie kalo msk ngan pucuk manis, oh atie tahu juga ek mkn cendawan ni....tapi susah nak dapat. Semua resepi tu utk di kongsikan, di persilakan atie utk copy
 
Salam Wachak....akk pun penggemar cendawan kukur..ini pun spisis yang payah nak dapat, kalo beli pun sikit je dapatnya...bestnya lama tak mkn
 
Salam Kak Erna...en abang akk takut tu, untuk keselamatan juga, kut2 org lain kutip tempat yg baru lepas racun..bahaya tu. oh masak pindang pun sedap ke kak, saya tak pernah masak gitu, selalu masak air gini, atau goreng je itu pun kalo dh byk sangat
 
Salam Ummu...itulah kan mcm tak percaya kat KL ni ada tumbuh juga cendawan gini, agaknya tepi umah akk tu kut dulu2. Best la ummu kalo ada byk cendawan, ummu kat mana ya, boleh akk ngendeng heheh
 
Salam Kak Rosa,

Alahai kak.Dah lama tak nampak cendawan ni. Dulu kat kampung, musin hujan memang femes la cendawan ni dan kulat sisir yg tumbuh kat pokok getah tu.

Mak saya biasa masak air je cendawan busut ni. Pastu letak lada hitam macam yang akak masak ni. sedapnya hirup panas-panas musim sejuk hujan.Kadang-kadang dia goreng kunyit pecah telur dalam tu. Letak cili api tumbuk bagi pedas

**tiba-tiba teringin betul nak makan cendawan ni huhuhu
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...