Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 31, 2011

BUTIR NANGKA

Selamat petang semua, butir nangka ni akk buat ptgs semlm, atas permintaan Eqa, ke 6- 6 anak akk suka mkn butir nangka ni. Butir nangka ni tak ada kena mengena dengan biji nangka ya, ianya sejenis kuih popular di kelantan. Rasanya lemak2 manis, lebih kurang dengan sagupal kuahnya.




BUTIR NANGKA


tepung pulut 
air + 1 sudu besar air kapur + warna hijau


~ masukkan air sedikit2 kedalam tepung pulut dan uli hingga menjadi doh ( sama untuk buat buah melaka ). Masak air dalam periuk, apa bila air mendidih ,gentel kan bulat  dan sedikit membujur masukkan terus kedalam air mendidih, apabila timbul terus diangkat dan masukkan kedalam air ( isi air sejuk ( air paip je )dalam bekas, tujuan agar biji nangka tidak melekat antara satu sama lain )


KUAH


4 cawan santan
1/2 cawan gula- atau secukup rasa
1 sudu besar halba
3 helai daun pandan
garam secukup rasa


~ Didihkan semua bahan2 diatas hingga mendidih, kemudian tapiskan butir nangka tadi dan terus masukkan kedalam kuah yang telah mendidih tadi...kacau seketika dan boleh lah diangkat.



Selamat minum petang buat semua

Sunday, May 29, 2011

JUS MANGGA

Hari paling terajin meng n3, ni n3 ke3 akk untuk hari ini..banyak lagi n3 tertunggak, bulan mei pun hampir ke penghujung. Petang2 yang cerah dan panas ni akk hidangkan dengan jus pulak, walaupun dah terlalu lama akk membuatnya, jom layan zassss}~



JUS MANGGA

1 biji mangga 
sedikit ais
gula
susu pekat
sedikit air

Cara- cara

Satukan kesemua bahan2 di atas kemudian kisar sehingga hancur. Siap untuk dihidangkan


Jemput minum semua.........


p/s amani elok je tido petang ni, itu yang akk rajin nak n3 tu...tak ada dak kecik dok terajang2 keyboard heheh . pagi tadi Amani sibuk dok main...ptg ngatuk sangat2 la tu, tido kat katil je tu, selalu dok kat buaian ...

IKAN - SEGAR DARI LAUT

Ikan pancingan dari lautan di PD adalah pemberian biras akk, dh lama ikn ni dia bagi, byk juga lh termasuk ikn siakap yg belum di buat tayangan amal....mekasih ya kak.


Akk tak kenal pun nama ikn2 ni. Agaknya EN DAUN kenal kut, 




yang akk kenal cuma ikn daun..dok kat luar pinggan...ikn2 ini telah pun selamat masuk perut dan keluar blk dh hehe...

SUKAN TADIKA ISLAM ZON BANGSAR

Pada sabtu lepassss, 21.5.2011, tadika islam zon bangsar telah mengadakan sukan tahunan bertempat di padang kilat TNB, meh kita tgk anak2 tadika dengan bermacam ragam


 Adda dalam acara kepit bola celah paha..seluar licin..bola asyik nak jatuh je...kumpulan merah dapat tempat ke 2 dalam acara ni
 pembarisan..comel je tgk anak2 ni


 Tahun ni sukan ikut kumpulan iaitu, merah,hijau, biru dan kuning

cikgu tengah bersenam lagu alif , ba , ta

Saturday, May 28, 2011

KEK COKLAT KUKUS LEMBAB

Hari ini pagi2 lagi buat tayangan amal kek coklat kesukaan budak2, kut2 ada yang nak godek2 kek coklat heheh. Tak kurang juga ,ramai yang sibuk packing  kain baju untuk pulang ke kampung atau pun cuti2 1 malaysia kan.  


Kek coklate kukus yang sangat sedap ini akk buat masa besday Baby Adawiyah 13.5.11 hari tuuuu lagi, akhir2 ni mood nak n3 tak berapa nak rajin..kadang2 rasa semangat je..kadang2 merudum je, nak blog walking pun tak berapa nak rajin huhuhu..nak cari angin kat mana ni baru rajin.


Kek Coklat ni buat atas permintaan si Bby, budak2 memang suka sangat ngan coklat2 gini, akk buat 2 adunan, besar n berat juga dapatnya. Tq buat HANA @ Myresipi keran kongsi2kan resipi ni, dah ramai yang mencuba, akk pun dah tak tau berapa kali dah buat kek ni, tak jemu2.




KEK COKLAT KUKUS LEMBAB


Resipi asal : HANA @ Myresipi



Bahan-bahan ( size loyang 18cm )


1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak n esen vanila


TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
Cara-cara


1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.


2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.


3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.


4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.


6. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.


Utk topping...
campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....


SeLaMat MeNcUbe....


Sedap pulak bila mkn ngan gula2 yg kecil tu..ada rasa msm2 sikit kena ngan coklat yg manis tu

Friday, May 27, 2011

KEK MANGGA BLENDED

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....dah lama sangat akk buat kek mangga ni, rasanya sedap juga, sebab mangga yang akk beli ni rasanya masam2 manis, tak manis letinggg heheh. Resipi asal dari Kak Fida @ Myresipi, iatu kek oren blended. Suka - suki je tukar, sebab senang nak buat. untuk resipi boleh klik di SINI ya.




apa2 buah pun memang menjadi kek ni..suka sangat, akk pernah juga guna kurma, pun jadi juga, tapi pic tu lat mana tah, sapa2 yang rajin nak buat eksperemen boleh lah godek2 kek ni ya...mmg confirm kejadiannya



Cuti sekolah bermula..ramai yang balik kampung dan tak kurang juga yang cuti2 Malaysia...kemana pun arah tujuan kalian, harap2 semua di lindungi Allah sokmo ya

Tuesday, May 24, 2011

SAGUPAL

Sagupal sejenis pencuci mulut yang agak terkenal di klate. Kalo di klate ada sagupal segera yg sudah di bentuk dan warna warni, tak perlu di gentel2 dah, cuma terus dimasak. Dua tiga menjak ni penyakit sagu menyerangi blogger2masakan , tak kira lah apa jenis kuih ke puding ke janji sagu....


Sagupal yang akk buat ni untuk orang malas mengetel bulat2, akk guna sudu kecil je. Sagupal ini berbeza degan asam gupal kerana asam gupal mempunyai inti kacang hijau dan saiznya besar2 sikit. 




SAGUPAL


1 cawan sagu - basuh dan tos kan
3/4 cawan air panas mendidih
- gaulkan sagu dengan air panas menggunakan sudu, dan biar seketika. Kemudian getel bulat2. Akk sudu kecil2 je.


KUAH
4 cawan santan - akk guna 1 cwn santan pekat + 3 cwn air
1/2 cawan gula
3 helai daun pandan
1 sudu besar halba
garam secukup rasa


CARA2
Didihkan santan bersama daun pandan, gula, halba dan garam. Kemudian masukkan sagu yang sudah di gentel2 itu. Masak sehingga sagu jernih. Sesuikan rasa. Taraaa Siap.


Anak2 tak suka mkn...Aqil  je mkn sikit


setelah di simpan dlm peti ais, kuahnya bertambah pekat..dan rasa lagi sedap

Friday, May 20, 2011

MAJLIS PERPISAHAN AZMA DAN FAMILI

Hari ahad 8.5.11 bersamaan hari ibu, satu majlis perpisahan dengan keluarga Mami Azma dan Papa Jas yang diadakan di KFC dekat PJ hilton. Mereka adalah ibu bapa kepada pemain hoki skbb Sharmine dan Firdaus.


Sedih sangat bila berpisah dengan keluarga Azma ni, akk mengenalinya pun di padang hoki, kami ibu bapa memang akrab. Hari ini 20.5.11, waktu ini  Azma dan famili mungkin telah pun berangkat  ataupun dah sampai ke Lahad Datu Sabah kerana mengikuti suaminya berpidah kesana. Terasa sangat kehilangannya, sayu juga hati ini bila mlm tadi Azma sms ucapkan selamat tinggal.....


Azma...akk harap kita akk berjumpa nanti, rindu dekat Melissa, teringat2 bila dia cucuk2 n main2 pipi amani....Moga Azma cepat menyesuaikan diri di sana. Jangan lupa kami disini}~ Kak Liza, K.yatie, Wana,Wawa, Cma, cikgu Hasniezia , Wani, Ayu dan lain2.


Azma dan Jas
 Kaum ibu


 Amani tak pernah lekat kat tangan akk


 Kaum bapa


 Azma dan Melissa
 Sebiji kek suprise dari ank2 buat ibu mereka. Pakat2 kumpul duit dan beli kek semperna hari ibu
Inilah anak2 pemain Hoki


Moga kita jumpa lagi Azma

Thursday, May 19, 2011

ROTI SOSEJ

Sekali lagi akk buat roti sosej untuk bf masa hari wesak ari tu. Kali ini akk menggunakan resipi minami Myresepi. Rotinya sungguh lembut dan gebu. 


ROTI SOSEJ
resepi :~ Myresipi @ minami 133

Bahan-bahan ( 12 biji )  - akk dapat 10 biji


190 ml air
400 gm tepung roti - akk x timbang, cuma letak sikit2
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam - akk tak letak
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
**bahan2 lain**
12 batang sosej - 10 batang
sos cili
cheese - tukar ngan mayonis
1/4 sudu kecil pelembut roti (*optional) - 1 sudu teh shortening
Cara-cara

1. masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
NOTA :~ Akk guna tangan je - di dalam bekas letakkan air suam ,yis, telur gula mentega, susu tepung. Gaul sebati , kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan uli sehingga licin dan tak lekat ditangan.
2. bahagikan doh kepada 10 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.


3. ambil sebiji doh. canaikan




4. ambil sebatang sosej dan gulung
hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..


5. tolak kiri dan kanan selang seli.


6. ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis


7. biarkan doh selama 40 minit. akk rehatkan lebih dari sejam


8. setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit. - 150 darjah selama 10 minit, api atas sahaja.
seronok pulak buat roti, bila anak2 semua suka, pas ni jangan lak ada yang termuntah kalo keluar roti sosej lagi heheh

Wednesday, May 18, 2011

KEK LAPIS SARAWAK

Ada sikit angin kerajinan dan semangat untuk n3 pagi2 ni. Sebenarnya kek lapis ni bukan akk buat ya. Pemberian dari adik ipar akk masa dia pergi buat liputan pilihanraya kat Sarawak hari tu.....kang  main lama dah kek ni. Sebab dia beli kat Sarawak akk tepek gak lah pic kat sini. Apa nama kek lapis ni akk tak pasti nak kena confirm ngan HaSue atau RYO  dulu baru tahu. Kek ni di lapisi asam manis (hawflakes)..dan di bakar, sue kalo ad resipi akk nak tepek kat sini ya:~


cantik lapisan kek ni
kecil je kek tu dlm kotak

yang ni mcm unik sikit bentuknya..

semalam termimpi2 jumpa Hasue..tapi kejap  je, sbb akk nk flight ke mana tah hehehe.

Tuesday, May 17, 2011

SEPETANG DI PULAU PINANG

 N3 tertunggak..padahal dah lama p penang 2.5.11 lagi, sebagai kenang2an nak juga letak pic kat sini.

Malam tu Linapg n suaminya belanja akk makan kat teluk tempoyak, selalunya kalo kami p penang dia mesti bawa mkn kat luar, dan kedai yang tak pernah kami tak pergi kedai ikan bakar ismail dekat sea gate tu..best kat situ. Tapi kali ni Lina kata lagi special kerana ada siput belitung masak lemak... restoran pun tepi laut gak..orang jangan cerita lah punyalah ramai. Parah gak lah poket dia. Nak snap pic byk2 pun susah .....


 Mula2 main pasir je lompat n gedik2....
 emmmmm pas tu habis lenjun semua...tgk cantik je jambatan pulau pinang tu..

dapat gak merasa pulut udang, selepas makan nasi..kira berkelah gitu
 3 teruna sedang menikmati cendol...mmg sedap. 
 seronok maisarah main pasir
Bye..bye...pulau pinang..lain kali kami datang lagi terima kasih buat LINAPG N AS....budi dan jasa baik mu akan akk kenang.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...