Thursday, September 22, 2011

ROTI PURI

Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera, akk harap semuanya sihat walafiat y. Emmmm lepas2 raya gini terasa makin mengembang je badan ni , apa taknya asyik makan2 n makan je, kalo sabtu n ahad sibuk beraya , makan lagi maunya tak kembangkan...nak kecut barang sekilo dua tu ambil masa la pulak.

Dah lama tak mengentri roti puri ni, selalu buat sebab anak2 n makbapaknya suka sangat dengan kesedapan roti yang simple ini. KembOOOng elok je roti.

ni akk tunjuk yg kembOOng je, ada juga yg lepernya bila buat2 malas nak siram ngan minyak, tapi sedap juga yg leper pun

ROTI PURI
resipi asal : yatiezaini@myresipi
kongsi bersama: linapgembunrosaliza

Bahan-bahan ( 12 biji )


2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng
Cara-cara

1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .


2. satukan tepung dan yis .. gaulkan


3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja


4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~


5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh


6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil


7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen


8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...


9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
begitulah kejadiannya, bila tak siram ngan minyak panas, roti puri ini tidang akan mengelembong, baik2 siram nanti tersiram tangan ke kaki ke, mana lah tau tengah syok2 menyiram ada yg datang sembang ke, mmg kelam kabut jadinya.



13 comments:

Roti puri tiga ketoiii... Nescafe gelas bsr satu...
Roti puri ni sekali tgk dlm foto ni mcm ubi..hehe..
 
hujan2 gini roti puri pun rasa mcm ubi kayu je heheh..best tu layan ngan nescafe
 
@Adry@Daun
ooopppps lupa guna yg ni
 
amboiiiiiiiii............ kembong nye! mesti sedap nih
 
Assallamualaikum kak..
Gebunya roti akak.. Naz ni selagi encik BM tu tak dibaiki, tak de la nak meroti.. Malas nk uli pakai jemariku yg halus mulus ni..hihihihihih
 
sedapnya makan masa panas2 :)
 
tu diaa..kembOOOOng2 roti akak ni hehe
 
salam...mai mntak roti puri 4 ketoi...nk buat mnum petang...nk share ngn rumate...heee

*xleh nk tggl jejak kt cbox...huu
 
betol tu kak. roti ni kalau leper pon sedap! lembut aje...
 
roti puri tu cicah ngan kak rosa..tak enterprem lak kari ayam ke sardin ke apa..kat umah ni kompom licin kalau wat roti cenggini
 
roti kembong gini e-na panggil roti arab...sama ke org lain2 ..hihii

tu la kan nak naik senang je, bila nak turun bkn main susahnya...;-(
 
sedap tu kak..mak mertua suka buat ni..kadang sampai tak larat nk goreng..sebab satu famili suka huhu
 
"nak cuba buat lah..nampak macam sedap jer ni...makan gitu jer ke atau kena cicah ni kak?.."
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...