Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 23, 2011

PUDING TEMBIKAI BISKUT MERIE

Assalam buat semua, syawal akan berakhir tak sampai seminggu pun lagi, pasti sabtu dan ahad ni ramai yang akan membuat rumah terbuka.


Puding tembikai, memmang ku jatuh chenta dengan puding yang sedap ini. Kali ini memandai je letak biskut merie, bukan apa teringin nak makan tapi roti pulak tak ada stock kat umah, jadi memandai je durhaka resipi orang, nasib baik menjadi dengan jayanya, dan harumnya tak tau nk kata hehehe. Kalo nak tengok yang guna roti boleh tengok kat SINI





PUDING TEMBIKAI
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)- akk guna 1 sudu besar penuh
  • 2 keping roti gardenia * akk guna 8 keping biskut merie, lain kali nak boh 12 kpg
  • 6 cawan air (4cwn air) 
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *- akk guna susu tpg +air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil (sy xboh)
  • sedikit pewarna ijo/merah (sy tambah stoberi emulco) akk guna pewarna pink
  • secubit garam akk tambah
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn - akk guna secawan), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

guna 8 keping biskut pun masih boleh di potong, tapi lepas ni nak boh 10 atau 12 keping pulak

11 comments:

This comment has been removed by the author.
 
wahhh...seedless. nape dah potong tembikai ni kak...x masak molek lagi
 
@Cheq Sue

Assalam sue, timun cina akk ni pesen kaler pucat2 sikit, tapi rasa dia manis leting heheh
 
As salam kak rosa,
Ni timun cino klon baru la.. Isi kaler pink...hehe.. Yg ni nmpk sgt sedap jika dimkn sbg dessert.
 
alahai sweet jer kaler ni..seedless plak tuh..mesti baka mahai..ada lagi ke tu?
 
asssalam rosa..cantiknya puding tembikai ni..pandai rosa buat..
 
dah ramai yg cuba buat puding tembikai ni. kite je belom terbuat lagi...mcm best la letak sekut merie. wangi jee kan?
 
cantiknya kak..saya haritu boh tpg kastard je sbb blennder rosak..jadi jugak..hehe
 
cantiknya warna puding ni..saya dah ambik resepi..nak buat kejap lagi...harap2 mnjadi...

p/s..akak..pasal pop-up komen...saya tak reti nak buat..hehehe
 
amboi kak..ni bukan setakat goda jiran ni..goda sema org ni..teringin suri dibuatnya..baca komen sahabat kat atas tu nak tergelak pulak..sedless,,baka mahal hehe
 
terliur jer nengok puding akak nih..mesti sedap amat!hehe..cantik je kejadiannya kak..buh sekut merie tu lak dah terasa2 kesedapannya..alahai lama dah x memuding!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...