Selamat pagi buat semua,sejuk sikit bumi KL ni, petang semalam hujan turun membasahi bumi KL, segar ku lihat pokok2 di depan rumah, hijau mata memandang hehe.
Roti goreng rangup ni selalu buat tapi tak ambil gambar. Anak2 cukup suka dengan kesedapan roti ini, buat pun senang, makan pun sekejap je licin. Terima kasih buat Hasue yang berkongsi resipi
ROTI GORENG RANGUP -
Resipi : HaSue @ Myresipi
kongsi bersama :embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan ( Satu family leh makan )
8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
sedap ..
p./s amani ngamuk nak keluar jenjalan kat luar rumah
Thursday, January 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
dah lame tak bfast roti goreng.nyum-nyum.
p/s: kak, lawalah background blog akak sekarang :)
inti kaya?manis2 la eh rasanya...biasa dok makan roti telur je..xde inti2...
akak sihat ke??rindu akak byk2..byknya report akak kat myr.suka tgk!hehe..
dah lama x buat roti goreng ni.akak buat mesti xyah rujuk resepi sgt dah kan..tq kak!
Post a Comment