Tuesday, January 17, 2012

TERUNG MASAK SAMBAL

Selamat tengah hari dan salam ceria buat semua, panas berbahang rasanya tengah hari begini. Ok lah cerita pasal terung masak sambal ni, sebenarnya dulu2 akk selalu sangat buat terung begini, bila tebgok kat laporan myresipi ada juga 2 kali akk hantar reportnya dalam tahun 2009, yg tak hantar report pun banyak juga. Bila teringat kat terung sambal ni macam rindu je nak cium bau kat tangan tu, lagi pula dak Aqil suka ngan sayur terung sambal begini. Terima kasih buat Hasue yang berjongsi resipi ni, dimana kamuuuu Sue, lamaaaa sudah tak n3.


TERUNG MASAK SAMBAL
Resipi : Hasue@myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

2-3 Terung panjang
1 tangkai cili merah(ikut selera nak tmbh cili api)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
segenggam udang kering*
1 sudu belacan*
Perasa-Garam,pak aji dan gula secukupnya
Limau Kasturi-Ketika menghidang
Cara-cara

1. Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis seperti dalam gambar
2. Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering. Ini rupa terung yg sudah siap dipotong
3. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahaan2 sekata.Kecilkan sedikit api..
4. Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa..
5. Apabila terung sudah lembut,(sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.
6. Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan.. SELAMAT MENCUBA! ^_^

suka sangat masak sampai leburrr sebegini, tak terasa keterungannya. Lagi pula terung akk akk buat ni tak ada biji, mmg nyaman je telan tanpa was - was pada biji2nya

15 comments:

As salam kak rosa,
Menu mcm ni antara yg Mahsuri suka buat tp lbh kering berbanding yg akak masak ni.
 
tengokpun dah terliur....mmng kesukaan ni...
Ada lebih tak???? Nak sikit...
 
assalam rosa..akak suka terung sambal ni..selalu buat.
 
tun memang hantu terung! tp xpernah nk goreng terung sbb serap minyakkan. kalau msk gini berminyak x kak rosa?
 
mmg sedap terung masak sambal ni..lama tak buat.Budak2 kat umah ni pun suka..gaul ngan nasi..terung tu ttp tolak tepi hehehe
 
mmg sedap kak terung msk sambal mcm ni..terliur dah tgk pic ni..kene lak mkn dgn nasi panas2..
 
hr tu alla buat.. hncur lebur terungnye..hehe.. tp ttap sdp
 
salam kak...terund mask cmni je adik mkn...msk pesen lain kureng dah..
 
Emmmm....walaupun simple tapi nampak sedap & menyelerakan. Menu sihat ni sesuai utk yg berdiet & jaga badan..
 
td pg beli terung,sbb duk tgk tun buat terung pajeri..kalu tak jadi pajeri buat ginilah pulok
 
Assallamualaikum kak Rosa..
Naz suka terung. Masaklah apa pun.. Nyumm..nyum..
 
arrhhh sedapnya terung..saya paling suka terung..tambah2 masak sambal cam gini....huhuhu..lama tak makan terung....
 
adeiii.. nak tergelak pun ada lihat gambar dalam entri ni.. alkisahnya baru semalam Nida terliur nak makan terung masak begini.. tapi tak masak sebab takde terung, tiba2 hari ni bukak entri Kak Liza ada gambar yang Nida bayangkan semalam..heheh
 
Salam Kak Rosaliza.. feberet tu sambal terung.. tak leh jadini.. stok terung ader kat peti ajaib tu he he he
 
Serius terliur nengok gmbr terung akak ni haa.. kat umah ni mmg masak lebur sikit baru laku kak..kalo masih keras2 tu dpandang sepi seorg seniman ajelah jawabnya..hehe..trm kasih kak eh! :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...