Tuesday, February 28, 2012

PULUT SERIKAYA

Selamat pagi selasa buat semua, semoga sihat ceria di samping tugasan dan keluarga tersayang. Menu bf beberapa hari yg lepas, suka sangat dengan pulut serikaya resipi Yatie ni, mekasih ya yatie.


PULUT SERIKAYA
resepi : yatie memories
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) - akk tambah daun pandan
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - akk tak letak

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.



tengok org tak berseni potong ` herot petok ' gitu heheh, tak kisah lah janji sedap bangett,

15 comments:

akak.. nak bagitau ni.. jeles je tengok potongan kuih akak yang cantik tu. sya kalau buat kuih gini, mesti problem tang potong tu. walau pun kuih sedap, bila potong compang camping terus je down.. hahaha
 
Salam Kak Liza..Antara Talam kegemaran saya...Tapi setakat ni belum pernah buat sendiri lagi...
 
@izahdaut

Assalam Izah, tu yg tercantik yg akk potong tu heheh, yg lain2 tu ada yg slim kat bawah, kembang kat atas hahah, maklum la tangan berseni kekke, tq izah, nak g mkn jokong mas lak
 
Canteknya pulut serikaya..bersei-seri gitu..bagi gue seketul..
 
uwaaa.... sedapnyer!! nakk!! dh lama tun x makan niii...
 
sdapnya kuih ni...kat cni dah susah dah nk cari..
 
wah nampak sedap n kemas jek potongan akak tu.. bilalah erma nak rajin mengukus ni hu hu hu.. join kat sini kak he he he
 
Kaya sungguh serikaya pulut yg akak buat ni. Kat sini ada org jual tp serikayanya tak berapa nk kaya, kaler hijau muda, lembik dn rasa agk kurang lemak berkrim.

Baby dh turun ke 190 hr ni. Dh reply msj akak sebaik trma td, tak smp kat akak kot.
 
Assalamualaikum Kak Rosa,
cantiknya permukaan kuih dan potongan kuih akak ni....lama tak buat kuih ni, rasa teringinlah pulak..tq kak sudi cuba resepi ni lagi dan kena dngn selera akak..seronok mendengarnya..
 
wah kemasnya potongan..sekali tengok cam beledo santan lak..
mmg sedap pulut serikaya rcp yatie ni
 
Assalamualaikum kak Rosa, alamakk terlambat sampai..dh abis ke pulut serikaya ni? Mmg salah satu kuih fav. sya, yg bahagian atas tu mmg kena tebal baru best kan! Mana ada herot potongannya,kemas & berseni je ..potong dgn pisau agar2 nmpk menarik.. :)
 
sedapnya kak rosa..kalau buat ni tak suka sbb suami selalu ckp tak sama ngan mak doa buat huhu
 
assalamualaikum liza.
apa kbr? sy suka mkn kuih ni tp last mkn ms kat kota bharu dulu. itu pn beli, maklumlah mulut sorg yg mkn. hehehe... teringin juga nak cuba, blh la sy share dgn jiran n kawan org klate kat cni.:))
 
Assalamualaikum..dah buat pagi tadi, memang sedap sehingga menjilat jari..kak rosa tengok la kuih saya yg herot merot tu, tak kisah la kan janji sedap semua dah abis masuk dlm perut dah pun..hik2..sy copy resepi dr sini..maceh tau! :))
 
Akak,serius terliur nengok kuih akak ni ha..
rasa macam nak buat jer terus..ada ke tak stok pulut..lama x menguih.hikhik

dah cantik sangat potongan kuih akak tu..cam yg dijual jek.leh wat bisnes tu kak.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...