Bercerita pada tajuk n3 pagi ini, nasi dagang berlaukkan ikan aya gulai dengan rempah cap bunga ros. Nasi dagang ni memang kesukaan akk dari dulu kini dan selamanya. Sebelum ni tak berapa nak pandai buat nasi ni, bila banyak kali cuba dan mencuba, baru kini menepati cita rasa tekak sendiri. Emmm gulai ikan aya pun memang kena sangat dengan selera akk anak beranak. Akk tak guna santan yang pekat sangat pun.
NASI DAGANG
resipi : embunrosaliza.blogspot.com
bahan- bahan
1 kg beras nasi dagang - di rendam semalaman
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
* semua bahan2 bertanda* dimayang halus
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 sudu besar halba
1 sudu teh garam @ secukup rasa
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan
Cara- cara
1. Didihkan air terlebih dahulu, alas pengukus dengan daun pandan, kemudian masukkan beras yang telah ditoskan. Kukus selama 20 - 30minit.
2. Kemudian angkat dan keluarkan beras tadi dan di gaul dengan santan cair, dan kukus 20 minit lagi
3. Sambil mengukus, sediakan santan pekat. Satukan santan, bawang, halia, halba, garam dan gula,kacau sehingga garam dan gula hancur sahaja, kemudian angkat dan ketepikan.
4. Angkat beras tadi dan masukkan kedalam bekas dan digaul dengan santan pekat pula. kemudian kukus sehingga masak. 20 minit.
gulai ikan aya boleh tengok SINI
sedap sangat bagi peminat nasi dagang seperti akk ni
12 comments:
Ada dpt resepi rahsia cara nk buat nasi terbaik drp bonda tak? Kitorg dpt drp master nasi dagang ni sendiri iaitu arwah mok chekok.
Hari itu pergi langawi singgah rumah suri solehah dia buat nasi dagang mmg sedap...
Post a Comment