Assalammualaikum buat semua, suka sangat dengan gulai ikan aya stail kak nor ni. Terima kasih buat kak nor ganu kerana berkongsi resipi yang sedap ini, cara gulai ikan aya ni hampir sama dengan gulai akk juga, cuma tak letak rempah 4 sekawan je sebelum ni. Ada juga akk google cari resipi yg menggunakan rempah cap bunga ros ni, tapi jumpa yang tak tumis, akk lebih suka yg bertumis dulu. Gulai ni akk mkn dengan nasi dagang, mmg sedap
GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
akk tambah sesudu cuka - utk keraskan sikit ikan
Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa - akk letak 3 keping asam keping
sedikit belacan ~ optional - tak letak
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak
Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)
Ini lah rempah gulai cap bunga ros, terima kasih buat Alla kerana bagi akk rempah ni dan rempah masak
Thursday, February 9, 2012
GULAI IKAN AYA @ TONGKOL - REMPAH GULAI CAP BUNGA ROS
Posted by
EmbunRosaliza
at
Thursday, February 09, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
peberet liza nii...
setiap order akan disertakan dengan resipi nasi dagang asli terengganu dan beberapa resipi lain lagi..jemput menjengah ya?
Post a Comment