Assalamualikum dan selamat berpuasa Hari ke 12 buat semua. Kasui ni buat 21.3.24 utk mkn² buka puasa di Surau kediaman kami. Selalu guna resipi kandakus Illahjy. TQ Kandakuss
KASUI GEDIK
Assalamualikum dan selamat berpuasa Hari ke 12 buat semua. Kasui ni buat 21.3.24 utk mkn² buka puasa di Surau kediaman kami. Selalu guna resipi kandakus Illahjy. TQ Kandakuss
KASUI GEDIK
Assalamualikum dan selamat berpuasa hari ke 10 buat semua umat Islam. Sardin Roll ni buat frozen senang utk masa sahur dan berbuka..kdg² ank² x suka kuih org tua, jadi penyelamat sardin Roll, karipap dan popia Cabonara.
Mood x berapa nk ok, kisahnya x dpt nk komen di blog yg kita singgah. Bila nk komen dia suruh kita Sign in googgle pula.
Berbalik pada resipi pula
SARDIN ROLL ATAU SARDIN GULUNG
Resipi Olahan : embunrosaliza.blogspot.my
BAHAN² INTI
1 TIN BESAR SARDIN, AMBIL IKAN SAHAJA
1 LABU BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
SEDIKIT CILI PADI POTONG HALUS
PERASA SECUKUPNYA
MINYAK UTK GORENG
SEDIKIT GARAM
MINYAK UTK MENUMIS
BAHAN² KULIT ( SAMA MCM BUAT KARIPAP )
500 GRAM TEPUNG GANDUM
5 SUDU BESAR MINYAK MASAK
3 SUSU BESAR MAJERIN
SEDIKIT GARAM
SECAWAN AIR SEJUK AIS
CARA²
SEDIAKAN INTI TERLEBIH DAHULU
POTONG DADU BAWANG² KEMUDIAN TUMIS SEHINGGA WANGI, MASUKKAN CILI DAN SARDIN, LENYEK²KAN. KEMUDIAN PERASAKAN, JANGAN TERLALU MASIN. SEJUKKAN SEKEJAP.
UTK KULIT
PANASKAN MINYAK MASAK, SAMBIL TU SEDIAKAN BESEN LETAKKAN TEPUNG GANDUM, MAGERIN DAN GARAM. RAMAS²KAN HINGGA MENJADI MCM SERBUK ROTI.
APABILA MINYAK SUDAH PANAS MASUKKAN MINYAK KE DLM ADUNAN TD DAN GAUL MENGGUNAKAN SUDIP ATAU SUDU, KEMUDIAN RAMAS²KAN TEPUNG TD.
SELEPAS ITU MASUKKAN AIR SEJUK SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA MENJADI DOH.
REHAT SEKEJAP DOH DLM 15 MINIT
KEMUDIAN BULAT² KAN ADUNAN KECIL.
CANAI ADUNAN KEMUDIAN LETAKKAN INTI, GULUNG SEHINGGA KEMAS IKUT KESELESAAN MASING² NK BUAT BENTUK MCM MANA๐๐.
KEMUDIAN GORENG, SIAP.
JIKA UTK SIMPAN FROZEN GORENG SEKEJAP KEMUDIAN SEJUK KAN TERLEBIH DAHULU, BARU SIMPAN.
Kalau rajin potong hujung² dia jadi la mcm niYg ni di goreng sekejap utk di frozenkan
Assalam dan Selamat pgi buat Semua. Dah lama masalah ni, bila BW dah la jarang² dpt berjalan² dan bersiar² di blog kenkawan, sekali nk tinggal jejak x dpt pula
Ada sesiapa dpt membantu ke, dh tukar setting mcm² pun tetap sama x dpt nk komen.di blog org, Blog sdiri pun baru je dpt komen.
Terima kasih Semua
Bunga ini Tiada kena mengena dgn Posting๐๐๐
Assalamualikum dan selamat berpuasa buat semua umat Islam walaupun dimana saja berada. Hari ini 12.3.2024 hari pertama kita berpuasa.
Pgi ni ke Pasar ChowKit semata² nk beli sotong menu dessert pertama ramahdan ketupat Sotong. Maka mama rempit la dgn Eqa, Eqa masih lg bercuti. Minggu depan baru masuk belajar, x ada Eqa susah sikit Mama๐๐.
Nak di jadikan cerita, x sampai 5 minit perjalanan, boleh pula hand bag Eqa Terputus tali, melayang jatuh la handbag tu, nk berhenti susah juga jln 2 lorong, kereta byk dan x ada tempt yg sesuai untk berhenti, maka kami terus kedepan sikit baru ada kwsan selamat utk berenti dekat² Muzium Negara tu.
Dengan Tawakal pada Allah agar saya dan Beg Eqa Selamat. Menyusuri tepi² jln utk mencari Beg Eqa. Dlm 500 meter juga la. Masa tengah jln tu , ada nampak satu lelaki tgh ambil sesuatu,.lepas tu dia mcm pg ikut wrong way. Berdoa byk² masa tu.
Alhamdulillah, lepas dia nampak dr jauh org tgh mencari tu, dia dtg dekat saya, lps tu tanya kenapa. Alhamdulillah, Allah temukan dgn org yg baik. Semua barang² selamat kat dalam tetapi Handpone Eqa hancur teruk, x tau berapa tayar telah lanyak hp dia, lebih dr retak seribu dh. Kesian Eqa sedih byk dia. Semoga Allah gantikan dgn yg lebih baik buat Eqa.
Ingatkan Eqa lemah semangat x nk teruskan ke Chow Kit, Eqa ckp x apa kita pg jer la. Mama yg gigil kepala lutut,.dia ok je walaupun sedih byk.
Berbalik kepada Ketupat Sotong, alhamdulillah siap dh pun buat. Sotong agak mahal sikit dlm 24 - 30 sekilo. Tp saya bli yg 26 je dpt dlm 13 ekor mcm tu. Saya lagi suka guna pulut yg siap di masak dr guna beras pulut. Mcm lambat sikit proses kalau guna beras pulut. Jadi kukus dulu pulut baru senang dan cepat.
KETUPAT SOTONG KELANTAN
Resipi : http://embunrosaliza.blogspot. my
1 kg Sotong bersihkan dan.cabut kepala
1 cawan pulut, kukus sehingga masak ( kukus dlm loyang kemudian letak kan air paras2 pulut)
2 keping Nisan Kelantan ( nak manis lg tambah 2 sudu besar gula ). Yg ni ngam² je manis dia
1 cawan santan ( kotak )
Secubit Garam
Lidi utk cucuk.
Daun pandan
CARA²
Sediakan pulut, sejukkan terlebih dahulu.
Bersihkan Sotong dan cabut kepala dan buang dakwat ,serta gigi
Isikan pulut kedlm badan sotong kemudian letak kepala sotong di atas pulut dan cucuk dgn lidi
Susun daun pandan di dasar periuk.
Letakkan sotong yg siap di isi pulut.
Buat sampai habis
Masukkan satu cawan santan dan Nisan serta secubit garam.
Msk dengan api perlahan dan tutup periuk
Masak hingga kuah agak pekat.
Sejukkan dan siap.
Ini dah Siap 9 ke 10 ekor. Sotong agak besarSaya guna Cawan Acopal Biasa je ni. Alhamdulillah setakat buat x pernah x jadi lg. Elok je kejadiannya. Ada peminat setia kek pisang ni.
KEK PISANG ALA2 CEKODOK
BY : EMBUNROSALIZA AKA SYAZALIZA
Bahan²
7 ke 8 biji Pisang Kapas @ apa² pisang yg sesuai utk Cekodok
1 cawan Gula
1 Cawan Minyak masak
1 sudu Teh Soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Garam
1 Sudu Teh esen vanilla
2 biji telor AA kalau kecil guna 3 biji
2 Cawan tpg Gandum
CARA2
1. Lenyek pisang guna cawan
2. Kemdian masukan gula kacau²
3. Masukkan Gula, garam, soda bikabonat, baking powder, dan esen vanila. Gaul sebati
4. Masukan telor dan minyak msk, kacau²
5. Masukkan 2 cawan tepung gandum.
6. Bakar 30 minit. Bergantung pd oven masing. Saya punya cukup 30 minit dh cukup msk dh.
Siapppp. Selamat mencuba
Yg ni buat masa 1.3.2024 bawa bekal blk kg sikit
Yg tengah tu mcm terlebih pisang, tp ada pengemar bahagian tengah tu. Mama suka bahagian tepi2 yg garing
Assalamualikum semua, bersawang habis sudah blog suam² kuku kami ni, sekejap rajin sekejap mls. Okey masa tgh rajin ni nak juga la simpan kenangan kat sini, bukan boleh pg selalukan tmpt² mcm ni, kalau pg pun bukan setiap bulan dpt kesini. Pengalaman di tempat org.
Pada 27. Jan. 2024 - 30. Jan. 2024 kami 7 rakan ke sana , konon² meraikan rakan yg akan pencen nnt, cuba mencipta kenangan manis la.
Kami ber7 campur grup lain dlm 20 org, satu bas kecil. Seawal pukul 3am naik Bas di KL sentra ( bas bergerak lambat sikit dm 3.15mcm tu ) dan sampai di klia2 pukul 4. Serahkan pasport pd Agent kami pun lepak² dulu,. Kemudian check in luggage. Kami border dlm pukul 6.40. Mcm kalut sikit nk solat, masa ni subuh 6.17mcm tu. Ambil wuduk siap² sebelum Azan lg, kat ruang solat memang dh penuh org. Kami ber7 dan ada yg lain juga Solat di satu ruang terlindung. Alhamdulillah Allah permudahkan solat kami.
Perjalan dekat tiket 1jam 15 minit, kami gerak pukul 7.20 mcm tu, sampai di epot Minangkabau Padang 7.30 ( waktu indon ). Memandanhkan kami gerak awal pgi kami pesan sarapan nasi lemak awal² lgi.
Kat epot kena isi dulu borang putih utk memaklumkan kita tinggal di hotel mana² selama berapa hari. AlhMdulillah kami selamat sampai walaupun ada satu tempat tu awan tebal sangat. Sesampai di sana Bas sudah sedia menunggu.
Kami di bawa ke satu restoren Ombak rindu ke apa utk sarapan x termasuk pakej. Kami dh kenyang , tp pesan juga murtabak Mesir, sama mcm murtabak kita juga rasanya, dan minum air jus Avacado ( terima kasih yg belanja )
Lepas tu kami meneruskan perjalananke Bukit Tinggi, tempat yg kami singgah air Terjun Lembah Anai. Biar lah gambar berbicara
Bas kami, pembantu buka pintu, tutup pintu Si Prata, Pemandu pelancong kami Anang di depan sana