Salam semua dan selamat petang...tentu semua sudah kekenyangan lunch tadi. Mata akk ni mengantuk yang teramat kerana lunch tadi pekena nasi dagang yang MIL buatkan. Tapi menu yang akk nak tayang ni tak ada kena mengena ngan nasi dagang. Sebenarnya sambal pauh ni dah minggu lepas lagi akk buat tapi tak upload gambarnya sahaja. Sambal ni akk buat guna ikan kembung goreng yang tak habis jadi untuk elakkan pembaziran akk buat sambal. Kalo yang betul2 original sambal pauh ni menggunakan ikan kering yang ditumbuk bersama cili dan sedikit garam. Jom buat sambal pauh ni :~
Ini lah pauh dan cili api siam yang akk guna...cili ini kepedasannya kureng sikit.....
Bahan2nya
2 biji mangga muda / pauh
4 biji cili padi
1 ekor ikan kembung dibakar atau direbus
sedikit garam
Cara2
Kupas mangga kemudian dicincang halus. Cili, garam di tumbuk halus kemudia masukkan isi ikan dan ditumbuk lagi. Bila sudah sebati masukkan mangga yang di cincang tadi, dan digaul sebati........siap dan sedia dihidangkan,
Tuesday, May 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Post a Comment