Salam dan selamat petang buat semua. Insyallah esok semua umat islam akan menjalani ibadat puasa...jangan ada yang nak monteng ya. Anak2 memang tak sabar nak tunggu puasa......suka pula tengok. Harap2 aqil n adda dapat puasa banyak sikit tahun...ya lah dah masuk 5 n 6 tahun dah,......tahun lepas pun puasa tapi seminggu je dptnya...si adda tu sekerat hari je, tapi tak mkn juga. Apa2 pun ini salah satu kuih yang digemari anak2 akk, biasanya akk guna telur je tapi kali ini akk tambah 4 keping roti...rasanya mmg sedap juga, dan minta di buat lagi.....jimat sikit guna telur 3 biji je. Jom layan gambar n kalo ada sesiapa yang nak cuba puding gini boleh la:~
Jap lagi akk updated resepi ya.....
Bahan2nya
~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 cawan susu pekat manis
~esen vanilla
Cara- cara
Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.
Kalo kekurangan telur boleh la mencuba resepi simple ini........
AIR PEAR VIRAL
11 hours ago
15 comments:
nampak sedap puding tu..
kita suka bangat makan ni, kalau sejuk lagi sodapp..
selamat berpuasa kak liza...
puding tu sedap untuk juadah berbuka puasa tu...
kak pun biasa buat puding ni.memang sedap..tak muak.anak2 pun suka.
Waalaikumusallam, seelok2nya loyang kecil je 6 atau 7 inci baru nampak tebal puding tu. Kalo loyang 9 inci nnt jd nipis,
Post a Comment