Salam buat semua, di penghujung tahun 2010 ni sibuk sangat rasanya mau tak sibuk, baru nak jahit lencana anak, nak balut buku n tulis nama, awal2 hari tu malas lak nak buat semua ni, dah nak buka sekolah baru nak kemaskan semuanya heheh
Hari tu akk pergi ke Pantai Remis kat Kuala Selangor, pas tu beli la setengah kilo kijing, sedap juga rasanya. Mula tu akk ingatkan lala, tapi org tu kata kijing sedap masak cili atau masak lmak.
Jom kita tengok rupa kijing ni }~
Ini lah rupa kijing tu kulit nipis n kaler ijau sikit
Ini yang telah akk masak..ala2 lemak cili padi gitu..kesian kat Adik akk tak sempat merasa kijing ni, patutnya dia sempat merasa, tapi akk balik kampung pulak hari tu. Bila akk blk KL dia dh balik penang dah. Lain kali kita pegi lagi ya kat pantai remis n beli kijing ni heheh.
Tudung sekolah tak beli lagi, alat tulis pun belum beli..akk nak kuar sekejap ya daaaaa.....
Wednesday, December 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Yg ni rasanya kat sini org panggil siput sudu. Kalau nk msk biasanya isi dikeluarkn dr cengkerang tu. Blh dimasak dgn pelbagai menu. Sebut kijing ni igt pulak kat tibing dan tijoh..haha.. Lama dh tak tgk dn mkn.
salam kenal yer
klu sudi jom vote bby kite..
http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html
tq
Post a Comment