Berbalik pada N3 hari ini, kuih lopes, akk memang suka kuih muih yang berasaskan pulut. Bila tengok resipi nak buat lopes ni macam payah je, nak kena balut2 dengan daun segala, jadi hasrat untuk mencuba sendiri buat kuih tu terbantut.
Setelah di godek2 dapur Myresipi tu, maka terjatuh cinta dengan resipi kuih lopes yang simple ini. Maka, akk pun buatlah, hasilnya cukup memberangsangkan dan tersangat puas hati, lagi pula anak2 semua suka. Habis licin lopes akk tu tanpa pembaziran langsung, alhamdulillah}~
minta izin ya akk nak copy n paste resiinya kat sini, untuk rujukan masa hadapan. Terima Kasih banyak2 buat TULIP77@MYRESIPI yang berkongsi resipi yang simple tapi sedap ini.
KUIH LOPES
Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
- 2 cawan beras pulut
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan (dikisar)
- 1 st air kapur
- 1/2 st garam
- beberapa titik pewarna hijau
- kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
- *** air gula ***
- 3 ketul gula melaka
- 5 sb gula
- 3 cawan air
Cara-cara
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
- Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut. - akk guna sudip plastik je tekan2. bawah lapisan tu alas ngan daun pisang jadi ada juga aroma daun tu
- Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
- *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
Teramat sedap kuih lopes ni
Lain kali boleh buat lagi
Ini tak ada kena mengena langsung dengan lopesss ya... pic ni akk amik semalam lepas balik dari klinik, timbang untuk 4 bulan, tapi Amani dah 4 bulan hampir setengah, Alhamdulillah Amani sihat walafiat dan beratnya 7 kg.....dah makin kearah kesliman dah anakku ini...masa 3 bulan ari tu 6.4kg.
Sebenarnya Amani dok pratis nak menerap ni..suka pulak bila tengok dia dok gini, tergolek2...
24 comments:
geramnya tengok amani..tembam gitew..
kuih lopes ni dlm senarai menunggu utk dijadikn n3 blog Dedaun Alam. Kuih lopes yg original tu. Bgks dgn daun pisang dlm bentuk bulat pjg. Yg plg bwh tu kuih pau sbb pipi tembam..hehe..
amani!comelnya amani nihhh..pipi tu gebu montok!geram tol ngan dier..aritu akak tanya berat zhariff lupa lak nak jwb..dier 6.14 kilo kak,tp lebih 2 bulan ms timbang tu..
amani nak niarap dah ekk..ieee,macam nak amik jer dier gitu..
x memilih ke dier kak?
akak anak beranak dirumah ni suka makan kuih lopes..tapi macam ros cakap la..malas nak buat sendiri..beli aje..
xdan tgk hr tu..huhu
rajinnya akak melopes..sedapnya nampak..
pertama kali juga kita buat lopes ni heheh
Tak sabar nak tgk lopes langkawi..tq ya
amani baru belajar nak menerap je sue, dah makin susut sikit dah dia. Sekarang ni ok lagi kalo org amik dia, kecuali time dia ada angin, mesti cari akk je
Saje nak cuba buat lopes Yu
Post a Comment