Akk cuma tumbuk bawang pas tu letak perencah megi, sedap pula bila di goreng. Ilham dari 14sept@myresipi. Minta izin ya akk c n p resipi kat sini }~
UBI KAYU GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan ( - )
- Ubi kayu
- 5 ulas bawang putih
- 7 ulas bawang merah
- 3 sudu makan udang kering
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1/2 sudu kecil jintan manis
- 2 sudu kecil ketumbar
- 1 inchi kunyit hidup
Cara-cara
- Ubi kayu direbus terlebih dahulu sehingga setengah empuk (jangan terlalu empuk nanti lembik ketika mengoreng).
- Tos sehingga betul² kering.
- Bawang putih, bawang merah, ketumbar, jintan, kunyit, udang kering dan garam ditumbuk sehingga lumat.
- Kemudian gaulkan bahan yang ditumbuk tadi pada ubi kayu yang telah ditos tadi (gaul ketika suam agar rempah melekat pada ubi kayu)
- Perap sekejab dan goreng hingga kekuningan
NOTA : Akk cuma tumbuk kunyit, bawang putih n bawang merah, pas tu letak perasa megi kari...sedap
Lain kali nak cuba ikut resipi ni betul2, masa buat tu akk tak ada udang kering. Selamat berhujung minggu buat semua
25 comments:
ros..memang tengah menggoda akak ni tau.
akak dan seisi rumah ni suka makan ubi goreng..
minggu lepas ada akak beli ditanjung karang..dapat la goreng..esok nak beli lagi lah.
terima kasih ros..sebab bagi resepi.
biasa akak letak garam ,kunyit je..
mekasih kak rajin singgah umah kita, suka sangat
http://www.contengcorner.com/2011/02/takdir.html
Haaa ... penggemar ubi kayu dah datang. ada resepi baru ni. kena try ... :D
ps : Jgn perut kembung macam hari tu sudah ... he33
kena sapu minyak panas lah kalo perut kembung heheh..dah suka kembung perut pun tak kisah heheh
Post a Comment