Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 25, 2012

AYAM MASAK PADANG

Selamat pagi Isnin buat semua. Hari tu 18.6, tgk mamahawa ada tayangan  ayam masak padang, sambil2 dok hafal resipi terus akk ke dapur siapkan juadah lunch hari ini. Siap masak2 n snap pic  terus akk berlari2 anak ( bawa amani sekali ) ke singapore untuk  cnp resipi di blog mamahawa tapi sayang seribu kali sayang ,bila nk copy tu x dpt la pulak ,rupa2nya mama dah bagi perlindungan sepenuhnya pada resipi dia, ok tak apa. Kita teruskan  larian  lg,   akk ke penang umah linapg  copy n paste resipi dari situ ....fuhhhhhh penat rasa dalam cuaca yg panas mcm ni . Terima kasih pada DJ @ Dapurku Sayang. Rasa ayam masak padang ni mcm ala2 tumis nasi kerabu, 




AYAM MASAK PADANG
Resipi : Dapurku sayang @ dayangjack
cnp : Linapg
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan rendah lemak
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak (boleh tambah air jika perlu).

Sedap lauk ni, cuma akk lebihkan kuah sikit, anak2 mmg suka berkuah. TQ ya DJ

11 comments:

sedap tu kak rosa, makan dengan nasi panas2...mesti meleleh tak sedar
 
memang nampak sedap rosa..tak sia2 lari sana sini sambil bawak amani untuk dapatkan cara2 nak masak he he
 
mmg menggoda nmpk ayam tu, sedapnya dgn rasa pedas cili api, mst terangkat....
 
assalam kak rosa..fuh penat tu berlari2 ke singapore..pastu ke penang lak..seb baik tak fengsan di tengah jalan kih3..
sedap kan ayam masak padang ni..cicah ngan roti pun sedap gak
 
mmmmm... kalau dah ada kombinasi seri lengkuas, ditambah dengan cli padi memang gerenti terangkat! Sedaplah Rosa!
 
aduhai kak...kelihatannya menjilat jari...
 
This comment has been removed by the author.
 
fuhhhh .... mmng terliur tengok...makan dgn nasi panas2...tentu terangkat!!!!
 
Assalamualaikum kak Rosa, maaf la lama tak sempat singgah sini sbb bizi sgt dgn mcm2 hal. Hrp kak Rosa & famili sihat2 selalu ya! Lama x tengok telatah manja si comel Amani tu..
Oh ya Happy Belated Birthday buat Eqa..mudah2an doa kak Rosa dikabulkan Allah...Amin
 
Nmpk mnyelerakan sgt ayam masak padang tu kak..mesti berselera jer mkn nasiik..hehee
 
yum yum..kena try nih..hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...