Suatu petang nan senja, angin malas melanda, maka mengoogle lah akk mencari resipi yg tak payah nak msk banyak2 jenis. Sebabnya kalo masak utk mkn mlm memang malas sangat nak masak. Cari punya cari terjumpa lah resipi ni kat dapur Liza intai dapur. Tq ya liza, akk c n p dari dapur liza ya
RESEPI SIAKAP GORENG PAPRIK
Resipi Asal : makyong @myresipi
C N P : Liza Intai Dapur
Kongsi bersama : embunrosaliza
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara
- Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
- Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
- Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Cukup dengan sayur mayur, goreng telur dadar, siap mkn mlm yg simple cepat dimasak, sedap dimakan.
Masih ada lagi sekor ikan siakap, tadi tgk rumah Linapg buat siakap bakar tomyam, teringin nak buat juga nampak merah2 best je dgn aroma daun limau purut dan daun kunyit tu. insyallah
8 comments:
sedap ikan siakap kalau masakkan gini... anak2 saya pun suka... tapi asben lak suka stem siakap.. :)
camni senang citer, senang kije haha segalanya senang...ada lauk, sayur bagai..2in1...
Sedap tu nampak meriah ikan dalam taman gitew
ui, menariknya menu tuh..tergoda la tengok siakap paprik tu..sedapnya..
Kita memang suka ikan masak cara ni...dah siap ngan sayuran...pendek kata tak yah masak sayur lagi la kan...hehe
minggu nih menu ikan ari2... sampai anak kata, ikan lagik! hihihihi... nak carik siakap jugak la nak wat kukus halia.. menu org pantang kak.. hehe
Post a Comment