SWEET SOUR CHICKEN CHOP
Resipi : Azian Collections
Kongsi Bersama : embunrosaliza
BAHAN-BAHAN
Bonless chicken - rosaliza guna 8 keping ayam
seasoning
lada sulah
Rosaliza guna bahan perapana DISINI
putih telur Rosaliza guna 1 biji telor
bread crumb -Rosaliza guna tepung gandum + sedikit tepung beras + ajishio ( KES TAK CUKUP TEPUNG GORENG ADABI)
1 biji bawang besar
2 Ulas bawang putih
2 Ulas bawang merah
1 Tin baked bean
3 Sudu besar sos cili
3 Sudu besar sos tomato
1 cawan air - rosaliza guna stok ayam
1 Sudu sos tiram
lada sulah
1/2 kiub ayam - rosaliza tambah
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Perap ayam dengan seasoning dan lada sulah sebentar.Celup di dalam putih telur dan salut dengan bread crumb.
2. Goreng di dalam minyak penuh hingga kekuningan, angkat dan toskan.
3. Hiris kasar bawang besar.
4. Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.
5. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
6. Masukkan bawang besar dan masak sebentar.
7. Masukkan sos tiram, sos cili dan tomato sos. Gaul rata dan masukkan pula air.
8. Apabila mendidih masukkan baked bean dan sedikit lada sulah.
9. Masak hingga kuah pekat sedikit.
10. Hidangkan bersama fries.
* Tidak perlu tambah garam kerana baked bean telah cukup rasa masin nya.
Coslow ni sangat sedap, sampai terlupa nak snap coslow sowang2,memang best bila di tambah susu dlm coslow ni. Tq Mas berkongsi resipi
Sangat sedap sos sweet n sour ni
COSLOW
Resipi : Mass80 @Myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( untuk 4 orang )
- 2 cawan kobis bulat mentah yang dipotong halus2
- 1 cawan carrot yang dipotong halus2
- 1/2 cawan mayonis - @ ikut masing2 nak banyak atau sikit pun boleh
- 5 sudu besar susu segar
- sedikit garam - Rosaliza tak bubuh garam
Cara-cara
- Potong halus2 kobis bulat dan carrot, basuh dan tos kan.
- Campurkan dengan mayonis, susu segar dan sedikit garam.
- Gaul sebati dan simpan dalam peti ais dalam 1-2 jam, kemudian boleh dimakan.
10 comments:
sedapnye..
Mana lagi terangkat black pepper n masam manis?
western adik..beger je td...hahah
Nadz tak pernah mkn chix chop yg kuahnya sweet sour. Selalu jumpa yg black papper dan mushroom jer.. Ni pun nampak menarik. Sedapnya makan time panas2 chix chop tu.. Garing2 lagi masa tu. Ermmm tp coslow tu buat masa ni Nadz tak lwh makan lah kak.. Angin jer jadi dlm perut ni. Mmg alah skrg ni dgn mknn yg berangin..
Post a Comment