Oklah dok layan hati yg asyik nak blk kampung ni susah juga lah. Bercerita pasal donut labu kak besah ni minggu lepas lagi akk buat,memang sedap lembut dan gebu, langsung tak rasa kelabuannya.Terima kasih ya kak besah myresipi. Izinkan saya panjangkan resipinya kat sini untuk rujukan masa depan :~
DONUT / DONAT LABU MANIS KAK BESAH
Resipi asal : KAK BESAH @ MYRESIPI
Kongsi Bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( 55 bj )
- 1 kg tepung - Rosaliza buat tak sampai sekilo
- 11/2 peket yis segera mauripan(jumlah brt=16g) - ER guna 1 paket je ( yis dh sepeket je )
- 2 sudu besar susu tepung
- 1/2 sudu makan garam
- 300 gm labu yg tlh direbus empuk - ER tak timbang pun
- 3 biji telur besar - 1 biji telur AA
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan rata majerin
- castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut - ER guna gula Castor + susu tepung
Cara-cara
- Gaul rata tepung, susu & yis.
- Menggunakan blender cili, kisar telur &; gula hingga hancur. campurkan labu rebus, blend lg.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. campurkan garam & majerin, blend hingga sebati.
- campurkan bahan2 yg dimesin ke dalam tepung & uli hingga menjadi satu doh yg kenyal & licin. dlm 10-15 minit gak lah.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli td)
- biar doh mengembang lebihkurang 1 jam.
- pastu gentel bulat doh lalu dileperkan. susun atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung.
- bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak kedua2 bahagian.
- bila telah keperangan, angkat & tos kan donat. semasa masih suam2 golek2kan kedalam gula castor.
gambar blur sikit tah kenapa, tak perasan pulak masa snap tu. Hasil donut sangat memuaskan hati.
9 comments:
nampak menarik ja donut labu tu..x penah makan tapi mesti sedap kan..
sedap nmpk donut ni...msti lembut jer....
Labu rembatan dari kampung ke ni kak rosa?
Post a Comment