Assalamulaikum, pernah ke puan2 membuat belacan bakar homemade. Senang saje utk membuatnya. Dulu2 asal pergi je Melaka mesti nk beli belacan bakar yg serbuk tu rm 5.. botol kecil je, sekejap je guna dah habis. Nak sampai ke Melaka tu bukannya dekat.
Jadi untuk selesaikan masalah belacan bakar habis stok kita buat sdiri. Kat rumah ni jiran2 selalu bagi belacan segar yg basah dan ada juga yg kering.
Jomm buat belacan bakar kat dapur masing2, bau semerbak harum.
BELACAN BAKAR
Cara2
1. Beberapa keping belacan, jika yg tebal dan lembab tu sangai atas api dapur gas sekejap supaya cepat kering masa proses mengoreng belacan nnt.
2. Panaskan kuali, Masukkan belacan ke dlm kuali dan hancur2kan guna garfu atau sudip besi sambil di kacau.
3. Tunggu sehingga belacan kering dan hancur semuanya.
4. Siap. Tunggu hingga sejuk kemudian simpa di dalam bekas kedap udara. Letak di luar sahaja, insyaallah tahan lama sehingga habis.
5. Selamat mencuba
Beranika jenis pesen belacan, ada yg basah, ada yg kering, kita campur sekali je, cuma yg tebal dan basah tu kita bakar atas dapur gas sekejap dgn cara cucuk pada garfu dan bakar
Setelah hampir kering ada sikit ketulan2
Taraaa siap belacan bakar kita
Wednesday, November 6, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Suka buat stok belacan mcm ni, ceduk je nk guna
Post a Comment