Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 5, 2019

Puding Roti Karamel Sedap

Assalamualikum dan salam sejahtera, ada roti yg hampir tamat tempoh, jangan membazir, blend je bersama tlor dan susu lps tu kukus siap enak di mkn sejuk2.

Resipi puding roti ni zaman dulu2 masa ada myR sangat popular, selepas tu dh mcm2 di olah ikut selera masing2.

 Mulus bila di tambah tepung jagung


PUDING ROTI KARAMEL
Resepi : Embunrosaliza

Bahan2nya

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ boleh letak 1 cawan susu cair utk tektur yg cantik
  • 3/4 @1/2 cawan susu pekat manis 
  • 1 SB tepung Jagung
  • esen vanilla

Cara- cara

  1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus..kemudian ketepikan. 
  2. Panaskan pengukus..... 
  3. Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu manis  serta tepung jagung
  4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu  
  5. masukkan esen vanilla. 
  6. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak. lebih kurang 30 - 40 minit.
P/s Cara paling senang masukkan semua kedlm blader kemudian blend sehingga halus . Kemudian tuang ke dlm loyang kukus hingga masak.

Guna loyang 6 inci untuk mendapatkan puding yg cantik dan tinggi.

Sedap di mkn sejuk2

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...