Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 28, 2021

Kek Pisang Marble Coklat

 Assalamualaikum dan selamat berpuasa hari je 16. Sekejap je masa berlalu, dh pun 16 hari kita berpuasa.

Walaupun PKPB masih di teruskan lagi hingga 17.5.2021, hidup mesti diteruskan

Bab balik kg tolak tepi dulu, bukan x rindu kg halaman, teramat merindui, walaupun tahun ni dh 2 kali rentas negeri bersebab.

Kedua ayahbonda sudah tiada namun tanah kelahiran tetap di hati, mak mertua pun masih ada lg. Namun jalan terbaik redha dan pasrah utk beraya di KL.

Hari ni lps je sahur terus buat kek pisang marble ni, kalau tangguh2 memang x jadi la kek pisang.



Jomm semak resipi simple2 ni

Kek Pisang Marble Coklat

Olahan : http//:embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikabonat

1 sudu teh garam

2 sudu besar susu tepung ( x ada pun ok)

1 sudu teh esen pisang @ esen vanilla

4 biji pisang ( 1 cawan pisang )

3 biji telor

1 cawan gula

1 cawan minyak masak

2 sudu serbuk coklat

CARA2

1. Blender gula, pisang, minyak, esen pisang dan telor.

2. Ayak tepung gandum, soda, baking powder, dan garam, di dlm besen .

3. Tuangkan adunan blender ke dlm besar kemudian kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian

5. 1 bahagian diletakkan 2 sudu serbuk koko ( boleh juga adunan kosong tanpa coklat)

6. Mula2 letak adunan kosong 3 sudu besar, kemudian, letakkan adunan coklat di atas adunan kosong td. Buat selang seli sehingga habis.

7. Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit atau hingga masak ( bekas ini saya dpt 3 bekas bakar 30 minit). Sekiranya menggunakan loyang selepas 30 cucuk dulu dgn lidi, jika kering maknanya kek sudah masak.

8. Sejukkan kek. Siap

2 comments:

Lama saya tak buat kek pisng. Sedapnya makan sekeping sambil minum ai kopi panas.
 
Kek pisang kdg2 buat tu x brapa nk jadi, tp buat ni elok molek pula. Memang sedap mkn suam2 dgn kopi panas
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...