Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 22, 2023

Begedil

 Assalamualikum dan selamat pgi. Pgi ni siapkan begedil daging Burger untuk santapan bulan puasa nanti. Senang je x ada daging hancur boleh guna daging beger, rasa pun sedap.

Nak makan baru goreng. 
Sebelum di bulat2kan.


BEGEDIL DAGING BEGER ( BURGER )

Resipi Olahan : rosaliza @ syaza Liza

http://embunrosaliza.blogspot.my

Bahan2
1. 5 biji kentang size besar
2. 3 keping daging buger Ramly
3. 1 labu bawang holland ( cincang )
4. 3 ulas bawang putih cincang
5. 3 sudu bawang goreng
6. Daun sup dan daun bawang
7. Minyak
8. Telur utk salut
9. 3 ke 4 sudu tepung goreng bistari
10. Secukup rasa secukupnya ( jika perlu)

Cara2
1. Kentang di kupas dan dipotong baji, kemudian rebus dengan sedikit garam sehingga empuk.
2. Kemudian goreng kentang hingga kekuning2an. Angkat dan terus lenyek hingga halus.
3. Defrosskan daging buger, kemudian hancurkan dengan menggunakan garfu.. ( lgi senang goreng dulu sekejap, kemudian hancurkan )
4. Lebihan myk goreng kentang td di gunakan utk menumis bawNg besar dan bwg putih hingga naik bau. Kemudian masukan daging buger yg di hancurkN tadi, kacau hingga nampak masak.
5. Tos kan minyak dan masukkan isi buger kedalam kentNg yg di lenyek td
6. Masukkan 3 ke 4 sudu tepung bistari
7. Masukkan bawang goreng., daun sup dan daun bawang, gaul sebati.
8. Bulat2kan kentNg tadi dan sejukkan seketika dlm peti sejuk.
9. Pukul telor manja kemudiN celupkan begedil kedlm telur kemudian goreng dalam myk yg sudah di pnaskan.
10. Siap.


Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua Muslimin dan Muslimat. Esok 23.3.2023 insyaallah kita akan berpuasa sekiranya nampak anak bulan Ramadhan ptg ini 22.3.2023

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...