Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 29, 2023

TAUGEH GORENG ALA2 CHICKEN RICE SHOP

 Assalamualikum dan selamat petang buat semua. Hari ini hari ke 7 kita berpuasa. Menu nasi Ayam merupakan salah satu menu berbuka. Tiba2 tekak terasa pula nk mkn sayur2 walaupun dgn nasi ayam. Lps tu.google la apa sayur apa yg suai padan dgn nasi ayam. Keluar sayur taugeh.

Jam2 tu juga la suruh cik abe beli taugeh. Masa ni nasi ayam semua dh siap dh. Kuah sup pun dh siap.

Ramai rupanya yg berminat dgn sayur taugeh ni. 

Simpan resipi kat sini cara saya. Saya x ada minyak bijan, jadi olah2 sendiri asalkan sedap dan nampak menarik.




TAUGEH GORENG

Olahan : http://embunrosaliza.blogspot.my

@SyazaLiza@rosaliza

BAHAN2

Taugeh (di celur dgn air rebusan Ayam)

3 Ulas Bawang Putih ( mayang halus )

Sedikit minyak masak

2 Sudu Oyster

2 sudu kecil secukup rasa

1 cawan air

1 SB Kicap Golden Mountain / kicap sotong

Cili merah 

Bawang goreng

Daun Sup.

CARA2

1. Didihkan air rebusan ayam kemudian celur taugeh dlm seminit. Angkat dan masukkan ke dlm bekas yg sesuai. Letak di atas taugeh, cili merah potong, bawang goreng dan daun sup yg telah di hiris.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.

3. Masukkan secawan air. 

4. Apabila mendidih, masukkan oyster, secukup rasa, kicap golden mountain, kacau sebati. Dan tutup api

5. Curahkan ke atas  taugeh yg telah di celur.

6. Siap.

Sedap rangup taugeh tu masih lagi krup krap. Jgn celur  taugeh terlalu lama nanti terlebih layu.

Sayur ni sesuai juga makan dgn nasi putih atau meratah sahaja pun sedap

2 comments:

Oooo... celur teaygeh dengan air rebusan ayam rupanya.
Patutlah sedap rasanya sebab tuang kuah kemudian, jadi taugeh kekal rangup. Terima kasih kongsi resipinya.
 
A.a Amie, ambil sedikit air rebusan Ayam tu, didih kejap, letak taugeh tu. Tp kalau x buat nasi ayam, guna je air biasa pun,
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...