Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 31, 2023

KAMBING BAKAR @ PERAP

 Assalamualikum dan selamat petang. Insyaallah menu ptg ni nasi kerabu sempoi, x lengkap x buat solok. Masa jumaat lepas dh buat nasi kerabu lengkap.

Kambing ni kambing fresh sebenarnya, hasil ternakan adik ipar di kg. Masa blk kg hari tu MIL suruh bawa kambing sikit, tp memaandangkan semua beku x dpt di leraikan, maka terbawa la semua bahagian paha2 tu 3 bahagian kalau x silap. 

Bahagian tulang2 tu telah di buat sup, isinya bakar minggu lps mkn dgn nasi kerabu. Ada lagi lamb shank x buat apa2 lgi. X tau menu apa nk buat.

X terfikir pula nk msk kambing ni kari ke gulai ke, semua di perap awal2 lgi masa duk siang, takut terbeku kaku dlm frezer 😅😅.

Bila buat Sup boleh mkn molek2.pula sup tu, x ada rasa kambing, cik abe kata sedap. Ank2 pun mkn.

Ok berbalik pada tajuk hari ni, kambing bakar sbb semua isi x ada pun lemak atau tulang2. Bakar isi kambing semata. Resipi biasa la cnp resipi lama, cuma tukar sikit2 je


Potong kentang letak dlm pan ni sekali, nnt boleh mkn juga

RESEPI LAMB CHOP BLACKPEPPER SAUCE
Sentiasa di cuba : embunrosaliza.blogspot.my

Bahan - Bahan:
  • 4 keping daging kambing - rosaliza guna 10 keping isi kambing tanpa tulang, bahan2 lain saya tambah secukup rasa ikut  pada kuantiti yg kita guna.
  • 1/2 kiub ayam- rosaliza guna secukup rasa
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano 
  • Sedikit olive oil - rosaliza guna minyak masak

Cara-cara

  1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing) Rosaliza guna cuka utk basuh kambing
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.
  9. Rosaliza bakar sekali dgn kentang.
Sedap x pernah jemu mkn lamb atau kambing mcm ni

6 comments:

Nampak sedapnyer
Selamat berbuka puasa
 
Sedapnya!
Terliur pulak saya hihihiiii.
 
sedapnya kambing perap
 
Alhamdulillah. Ank2 suka WP, selamat berpuasa. Ptt la saya ckp dlm hati mana warisan petani, lama x nampak, rupanya ada komen admin x approve😅. TQ
 
Alhamdulillah Amie, sedap. Selamat berpuasa Amie
 
Mana hilang pula komen td
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...