Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 28, 2023

LEPAT PISANG SENANG



 Assalamualikum dan selamat petang  hari ni puasa ke 6. Menu hari ni ayam percik, daging  dab hati goreng kicap, sambal pauh, singgang limpa, kuih lepat pisang, masih atas dapur lg.  X sabar nk letak resipi,. TQ Linapg resipi lepat pisang sempoi ni, aduk2 mcm buat cekodok je, gerenti jadi


Siap bungkus, mcm cantik mcm comel pula, selalunya ke laut bab2 bungkus membungkus ni.

RESEPI LEPAT PISANG 

Di Cuba : embunrosaliza
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ 
https://www.youtube.com/watch?v=pea3DZ12UE0
Bahan-Bahan 
10-12 biji pisang awak masak ranum 
1/2 cawan gandum 
2 sudu besar gula (boleh kurang/tambah) 
Secubit garam 
Daun pisang 

Cara-Cara 

  1. Lenyek pisang (tak perlu terlalu halus) Masukkan gula dan garam Gaul sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata 
  2. Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang.Kemudian lipat Buat hingga habis 
  3. Panaskan pengukus, pastikan air mendidih terlebih dahulu.Kukus hingga masak 15-20min.
  4. Biarkan kuih sejuk sedikit terlebih dahulu sebelum dihidang.
  5. Video tutorial, sila klik link ke utube LiNa Pg



Sedap lembut je masuk mulut. Saya kalau yg beli ada kelapa dlm tu rasa kembang pipi, lgi pun rasa keras. Resipi ni sedap. Simple tp sedap. Tetapi kalau timpan pisang yg inti kelapa manis dan guna tepung pulut tu suka banget๐Ÿ˜….
Note:
Daun pisang mesti dilayur atas api supaya tidak mudah patah.
LiNa Pg guna daun pisang frozen tak perlu layur (Beli masa buat tepung bungkus..mak aih lama tu hahaa...Alhamdulillah masih kekal hijau.

2 comments:

Lepat pisang TMK rupanya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Resepi Lepat paling mengelat, paling senang tapi sedap kat anak tekak sendiri.. kalau letak nyor rasa bersepah kat tekak haha..
 
Rindu lepat pisang air tangan emak.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...