Assalamualikum, hari ni jumaat merupakan raya ke 7 tahun 2023. Lama dh tersimpan 3 ketul lamb shank ni, x tau nk buat apa. Pula tu saya ni x pernah pula buat nasi arab. Tiba2 rasa mcm nk buat nasi arab, tp pes nasi arab atau nasi mandy x ada. Bila di google keluar la resipi senang ni kat page Myresipi. Terima kasih empunya resipi. Gambar2 dia saya delete, saya guna gambar sendiri. Sekarang ni tengah masak kuah aatau sup guna lamb shank.
Ohw terlupa pula. Hari ni Along baru dpt bercuti dan dpt berkumpul 11 org, walaupun Abah dan Bby Adda kerja ( part time, sambil tunggu result spm dia).
Rasa resipi ni senang sangat jadi awal2 lgi snap gambar sup sahaja dulu yg tgh.buat, nnt yg lain akan di update selepas siap
RESIPI NASI ARAB PALING SENANG
Bahagian paling penting untuk dapatkan rasa nasi arab, sup untuk nasi dan ayam. Bahan-bahannya:
- Ayam saya guna 3 whole leg - Rosaliza Guna 3 ketul Lamb Shank
- Bawang besar 1 biji (kalau besar guna separuh)
- Tomato 1 biji
- 1 sk jintan manis
- 1 sk lada hitam
- 1 sk biji ketumbar
- Buah pelaga 3 biji
- 1 kiub ayam
- 1/2 sk serbuk kunyit
- 1 sk rempah kurma - Rosaliza X letak, X ada stok kat rumah
- 2 sudu minyak masak
- Sedikit garam
Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi. Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi. Sedap. Rasa sup berempah.
Semua ada kecuali rempah kurma, ehhh pandai2 pula pg letak daun Bay 3 helai😅Angkat ayam dari air rebusan. Perap guna bahan ini:
- Serbuk cili
- Serbuk kari
- Sos tiram
- Garam
- Perasa
- Madu/gula 1 sudu
- Minyak masak 2 sudu
Perap sekejap semua bahan bersama ayam sambil siapkan nasi.
Kemudian panggang atau bakar pada suhu 150 celcius. Bakar selama 15 minit, kemudian sapu lebihan bahan perap tadi dan sambung bakar lagi selama 15 minit. Ayam akan jadi cantik dan berkilat.
Bahan-bahan untuk nasi:
- Bawang besar sebiji
- Halia 1 inci
- 3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
- Beras basmathi
Cara-cara:
1. Panaskan majerin/butter, kalau nak lagi sedap guna minyak sapi.
2. Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi. Tumis sampai garing.
3. Kemudian masukkan beras basmathi ke dalam beras. Gaul bersama bahan tumis, tumis sehingga garing baru nasi sedap. (Beras basmathi direndam dahulu selama 30 minit)
4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama air rebusan ayam tadi.
5. Beras sukat macam biasa. Kalau beras basmathi guna 1 cawan beras dan 2 cawan air.
6. Bila nasi dah kering, tuangkan pewarna. Tutup semula tudung periuk dalam 10 minit, kemudian kacau nasi. Taburkan juga daun ketumbar. Siap!
Pandai2 pula tambah cili hijau
Bahan-bahan membuat salsa/sambal arab:
- Cili api
- Cili besar
- Tomato
- Bawang putih
- Daun ketumbar
- Garam sedikit
Kisar semua bahan di atas dan perah sedikit jus lemon.
Senang rupanya nk buat ni, sedap pula tu
Bahan-bahan membuat salatoh:
- Tomato (potong kiub)
- Timun (potong kiub)
- Bawang besar (potong kiub)
- Pudina hiris (guna ketumbar jika tiada)
Gaul semua bahan dalam 1 bekas, letak sedikit gula dan garam. Perah juga sedikit jus lemon. Siap!
Ini pun sedap,
Made by Kak Long dua2 ni
Bila dah siap, hidang mengikut citarasa masing-masing. Sup tersebut ambil dari air rebusan ayam tadi. Selamat mencuba!
Kredit: Nur Aisya
0 comments:
Post a Comment