Assalamualikum dan selamat mlm, hari ni puasa ke 12 , Si angah dh sibuk tanya2 bila nk buat biskut raya, mamanya mood x dtg lg nk buat biskut raya.
Hari ini Isnin, ada pula majlis buka puasa kat surau, blk dr surau dekat2 pukul 8.20pm dh, kelam kabut nk pg solat teraweh pula. Si angah angin rajin dh sampai. Sukat2 bahan2, dia aduk2kan semua. Mama blk dr terawih dah siap separuh dh dia bakar sorang2 je. Mama blk tolong sikit2 je la. Buat atas permintaan dia nk kekacang dlm biskut, dulu2 rasanya bising je bila buat letak kacang, selalu letak serbuk badam je dlm adunan. Kali ni letak kacang Gajus , tumbuk manja2 je.
Kena dgn taste Angah, sedap katanya
BISKUT COKLAT CHIPS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Di Cuba : embunrosaliza
Rosaliza guna Sukatan Cawan Matrik
Bahan-Bahan
- 2 cawan tepung gandum (225g)
- 1/2 cawan tepung jagung (50g)
- 1 sb tepung beras (7g)
- 250g coklat chips
- 1/3 cawan gula perang (45g)
- 1/3 cawan gula kastor (69g)
- 200g mentega (lembut)
- 1sk serbuk koko (boleh lebihkan jika suka lebih gelap) rosaliza letak 2 SB
- Rosaliza tambah kacang Gajus ( tumbuk kasar)
- 1/2 sk baking powder
- 1/2 sk baking soda
- 1/2 sk esen vanila
- 1 kuning telur (gred A)
Cara-Cara
- Kesemua tepung diayak terlebih dahulu.Ketepikan sebentar.
- Gaul mentega bersama gula perang dan gula kastor.Gaul sebati sahaja tak perlu hingga kembang
- Masukkan telur dan esen vanila.Gaul rata.
- Masukkan tepung dan serbuk koko, gaul rata kemudian uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
- Akhir sekali masukkan coklat chips dan gaul rata.
- Bulatkan doh anggaran sebesar ibu jari kemudian tekan dengan garfu. Rosaliza sudu guna sudu kecil.
- Bakar biskut selama 25-30min (hingga masak) suhu 150'c (bergantung suhu oven masing-masing) rosaliza bakar 15 minit suhu 150°c
- Setelah biskut masak, biarkan dalam dulang pembakar terlebih dahulu hingga biskut sejuk sedikit kemudian alihkan ke redai penyejuk.
- Simpan biskut dalam balang kedap udara setelah biskut benar2 sejuk.
- Selamat mencuba.
1 comments:
Rajin pulak si angah tu nak mengukis dia...senang la kije mama ada asisten..kat rumah ni oven tak sihat..lagilah malas nak ngukis
Post a Comment