Assalamulaikum dan selamat hari raya ke 9 buat semua. Hari ini buat laksa sarawak, tp bukan dan cerita pasal resipi laksa sarawak tp nk cerita pasal sambal belacan paling sedap dan senang.
Resipi Sambal Belacan
Resipi : Hasue
Olahan : embunrosaliza
Bahan2
Belacan Basah( rajin bakar atas dapur gas kejap , mls x perlu bakar pun ok )
Cili Merah Besar
Cili Padi Merah dan Hijau
Gula Perang
Garam
Secukup rasa
Air perahan Limau Kasturi 3 biji
CARA2
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..rosaliza tambah gula, jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin . Lepas blend rosaliza perah jus limau kasturi . Rosaliza guna food prosseser utk blender sambal belacan.
Rasanya sangat padu dan memang ngam mkn dgn laksa sarawak.
Kami buat sambal belacan bila buat laksa sarawak jr. Selalu mkn sambal Jate je
0 comments:
Post a Comment