Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 19, 2011

COLEK DAUN KADUK @ MIANG KHAM

Assalam buat semua, terasa lama sangat tak n3 pasal makanan kat sini, ini pun makan masa balik kampung n time puasa hari tu lagi.


Colek daun kaduk? eh sebenarnya ak je panggil macam tu, mengikut kaum kerabat org Thai , colek ni dimakan masa ada keramaian, atau majlis2 tertentu, macam adat orang sebelah Thai...eh kalo salah tolong betulkan ya pada sapa2 yang tahu, akk tak berapa nak tahu cuma makan tu mmang rasa sedap n lain je. Pertama kali akk makan colek ni tahun lepas masa bulan puasa, mmg jatuh cinta bagi penggemar ulam2an ala kunyah2 macam org dulu2 makan sirih atau pun sirih gobek gitu heheh. Tetapi bagi yang tak suka bau daun kaduk rasanya tak boleh ditelan.


Cara2 nak makan daun kaduk ini  :~ mula2 sekali buat kelongsong, pas tu ambil sedikit bawang, hali muda ,cili api, kelapa goreng, kacang tanah, udang kering, potongan limau nipis pas tu letak sesudu sos ...lagi banyak sos lagi sedap...pas tu kunyah2. Emmmm kecur liur lak rasa ni heheh. Memula kunyah tu rasa msam pedas manis n ranggup...tak terkata kesedapannya.


Colek ni kalo buat sendiri sah2 lah tak jadi, lagi pula kejadiannya memang tak sama dengan yang di beli kat Golok ni, harga sebelah sana RM 2.50 . Bukan akk pergi sebelah Golok ya ..takut ), tapi dibeeli oleh  bonda akk, yg suka  ke sebelah sana.



Inilah colek tu, dah siap bahan2 semua, akk boleh makan 3 helai daun tu..mmg asyik je kunyah2 ni, ranggup, pedas dan sedap,

Masa puasaje dapat makan ni, masa hari2 biasa lupalak nak tanya ada orang jual ke tiDakk. 

update 11/11/14
p/s tq buat Maz - ilhamdapur yg berkongsi resipi miang kham ini, akk c n p kat sini ya

Miang Kham @ Thai Leaf Wraps

Resipi : MAZ - ilhamdapur
 kongsi bersama ;  embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan Sos Manis 


  • 120g thai palm sugar (nisan putih - seperti dalam gambar) nisan putih (thai palm sugar) 
  • 2 keping hirisan halia 
  • 1 sudu kecil udang kering thai (seperti dalam gambar, yang warna oren)
  •  sedikit air (dalam 1/2 cawan)
  •  sos ikan (nampla) secukup rasa 


Cara 


  1. . Tumbuk lumat halia dan udang kering. 
  2. . Dalam periuk satukan semua bahan kecuali sos ikan. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih lama sikit.
  3. . Masukkan sos ikan secukup rasa. Masak lagi biar mendidih atau renih biar lama sikit. Padamkan api (sos akan menjadi pekat bila dah sejuk sikit, air tu agak-agak la ye, jangan banyak sangat, maz tak sukat pun sebenarnya, sos ni pekat mcm susu pekat gituw dan rasanya memang manis sebab nak seimbang dengan rasa bahan lain).


 Bahan Lain


  •  daun kadok secukupnya
  •  limau nipis 
  • halia muda 
  • cili padi merah/hijau
  •  kacang tanah yang digoreng
  •  bawang merah 
  • udang kering thai
  •  kelapa goring - hiris halus kelapa dan goreng hingga perang tanpa minyak (bukan kelapa parut ye) 


Cara : Ambil sehelai daun kadok, letak sikit setiap semua bahan, masukkan sos manis secukupnya. Bungkus sikit dan terus kunyah-kunyah. Sedapp

Friday, September 16, 2011

MASJID..

Selamat bercuti buat semua dan selamat hari Malaysia. Gambar masjid ni sempat akk rakam masa majlis bertandang ke Ganu Kite, tapi byk yg terlepas
masjid di Jerteh

 Masjid Kuala Berang

Masjid di Felda Kerteh

Tengok gelap gulita...jap je hujan turun selebat2nya, masa ni kami adik beradik dah sampai 4 kereta,  terpaksa menunggu 2 van lagi ,sehinggalah hujan yg lebat hampir berhenti.

 Memang banyak kenagan bila buat rombongan ngan orang veteran, yang masing2 berlagak  macam tahu je nak kesini. Kami adik beradik ikut LPT cepat je sampai, sejam juga menunggu kat masjid ni. 

MAJLIS BERTANDANG KE TERENGGANU

Bila ada majlis perkahwinan, susah tentu ada juga majlis bertandang. Kalo di Kalte di panggil ngatar nnattu iaitu menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Kira selesai sudah majlis kahwin. Pic pengantin blur pulak, ada sikit je kat sini, cuma susana je ada.




kat belakang tu semua rombongan cik kiah, tengah menjamu selera. Byk pic blur n kelabu asap huhu

Sunday, September 11, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU- episod - 2

Kesinambungan dari majlis kawen, antara koleksi yang sempat di snap:~










dan ini lah kami2 jurufoto heheh... sebab tulah disetiap  blog ada je update tentang perkahwinan alla n azmi ini.


Episod seterusnya majlis bertandang ke Ganu kite 

Saturday, September 10, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU - episod 1

Selamat pengantin baru baru buat adik akk Alla dan Azmi yang berlangsung pada hari raya ke3 bersamaan 1.9.2011. Sebahagian pic yang boleh di transfer, dan setelah di delete ada lagi sebahagian lagi dalam folder lain, hari ini akk tepek pic adik akk ni buat kenang2an :~



bersama flower girl aka anak peri heheh

air mata menitik syahdu setelah selesai akad nikah


setelah sah menjadi suami isteri .  Alla ni peminat kaler koko tegar



Sila c n p ya alla


makan beradab bersama famili 


tumbang juga seekor lembu, untuk majlis kesyukuran ini.


Akk doakan semoga Alla n Azmi bahagia sentiasa dan berkekalan ke akhir hayat, saye sokmo.


p/s nak resize pic ni yg masalahnya, semua gambar besar2, sampaikan pc akk pun slow je, dok ckp tak cukup ruangan heheh

Wednesday, September 7, 2011

AIDILFITRI 2011

Sekejap je masa  berlalu dah pun 9 syawal. Raya tahun 2011 ni tak berapa nak ceria, my abe kena kerja tahun ini. Gambar2 bersama famili pun tak sempurna mana, masing2 sibuk dengan anak2 masing2, maklumlah semua ada bby yang masih kecil. Tahun ini semua adik beradik akk balik, sayang pula tak sempat nak snap pic reramai.


Walaupun tak bergambar beria2, namun raya tetap raya juga. Raya ke tiga ada majlis kenduri kesyukuran atas perkahwinan adik akk , tinggal sorang lagilah yang belum berumah tangga, dan masih belajar lagi di Unimap. 





Amani laks di pagi raya tidur je, apa taknya pepagi hari dah bangun macam org nak sahur juga heheh, pagi2 dah tidur

bersama bonda tersayang di pagi syawal, pic snap kat dapu je

Tuesday, September 6, 2011

PUTERI SYAZA AMANI - 11 BULAN

Alhamdulillah berjumpa lagi kita di dunia maya ini. Nampak gayanya para blogger semua masih sejuk untuk berblogging, maklumlah lam cuti2 gini, sama macam akk juga masih suam2 kuku nak update blog, hari ini pun macam terrrpaksa je n3, itu pun sebab tak mau miss n3 amani 11 bulan.


Amani sekarang dah ada gigi 6 batang 3 bawah n 3 atas, makin lasak n banyak akal fikiran untuk mengemas ruang tamu n bilik serta kain baju, semakin lasak dan semakin slim melim pun ya. Apa taknya kalo makan bubur nasi yang tak rasa apa2 tu macam nak muntah je dia telan. Masa puasa hari tu akk bagi makn bubur lambuk free laju je di telan.











nanti kalo ada masa akan di letak lagi pic amani kat sini.


fuhhhhh fuhhhh fuhhhh ku tiup agin kerajinan buat semua blogger agar angin kerajinan mengupdate kembali pulih seperti biasa...bila dah rajin tu, hembuskan kembali pada akk ya, terasa kesuraman di dunia maya ini...


Saturday, September 3, 2011

COKLAT CHIPS

Biskut yang sangat sedap dan ranggup, hasil dari pengubahsuaian resipi asal dari biras di cheras, terima kasih kak best sangat sekuk ni


biskut ni versi derhaka tapi sedap n ranggup


CHOC CHIPS
Resipi : biras ( kak nida )
Di olah oleh : Embunrosaliza


Bahan- bahan
5 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar  koko
1 sudu kecil vanilla
1 biji telur
1 Cawan choc chip
1/2 @ 1 cawan badam cincang
1 sudu teh garam
11/2 buku butter
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh nescafe - xboh pun xpe


Resepi asal akk serta juga untuk rujukkan


COKLAT CHIP ( resipi Asal )
Resipi : embunrosaliza
Bahan - bahan

* 450g choclate chips
* 1 cawan badam kisar
* 2 sudu teh baking powder
* 11/2 ketul butter
* 1 cawan gula putih
* 1 cawan gula perang
* 5 cawan tepung superfine ~ akk guna tpg ros
* 2 sudu teh serbuk koko
* 2 biji kuning telur

* 1 sudu teh garam

Cara - Cara

1~ Butter di pukul bersama gula putih dan gula perang, kemudian masukkan vanilla dan telur...gaul sebati
2~ Gaulkan  tepung, choclate chips, baking powder, serbuk badam,koko dan garam hingga sebati. Campurkan adunan ini dengan butter yang telah di pukul tadi .....bentukkan ikut suka hati


3~ Bakarlah sehingga masak...oven akk  5 minit je, ( oven besar 15 - 20 minit)

Thursday, September 1, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sila ke bawah untuk n3 baru terima kasih


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengujung blog Embun kasih rosaliza,dan kepada sesiapa yang sudi di persilakan ambil  kad raya ini


Selamat balik kampung buat semua, semoga perjalanan kalian dilindungi Allah selalu, dan berhati-hati dijalan raya.


Tahun ni my abe, beraya kat KL, akk n anak2 beraya kat kampung, 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...