Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 17, 2014

ROTI SARANG LEBAH @ BEE HIVES BUN DAN SOS BUTTERSCTOCH PALING SEDAP

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua, harap2 sihat sejahtera lah hendaknya. Roti yang sangat popular di FB hasil air tangan teman fb lydia honey yg berada di Kuwait. Raman teman2 fb dah mencuba, saya pun tak ketinggalan juga. Tersangat sedap roti ni di gandingkan bersama sos buttersctoch. Dah 3 ke 4 kali dh buat roti ni, cuma masa tu pc lembab sangat tak boleh nak buat n3, rasanya ini kali pertama cubaan.

Jom tengok resepi saya c n p dari rumah linapg. N3 edisi terlewat sokmo di blog Embun, terlewat pun tak apa kan janji ada resepi dan berekperimen sdn bhd



RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
By : LiNa Pg
Sumber : Lydia Honey (fb)
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

BAHAN UNTUK DOH ROTI


  • 2 cawan tepung gandum
  • ½  sudu teh dry yeast
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • ½  cawan air suam 
  • Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)


CARA PENYEDIAAN:


  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-


  • Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  • Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
  • JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  • Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:


  • ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
  • ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
  • Sedikit garam
  • ½ st  vanilla essence
  • 25g butter

Cara Penyediaan


  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.



Thursday, October 16, 2014

LAKSAM HOMEMADE PASTI MENJADI

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua sahabat alam maya. Pagi ni saya nak berkongsi resipi laksam hasil olahan kak Ilahjy, pasti menjadi dgn jayanya. Dah banyak kali buat tapi lupa amik gambar. Kalo saya nak makan laksam petuanya ialah mesti buat kuah terlebih dahulu kemudia barulah buat laksamnya, kalo tidak tak jadi lah laksam banyak zat M melanda, bila dh siap2 kuah baru semangt sikit dan rajin utk kukus laksam.

Rupa paras laksam ku si buruk rupa, tapi hasil2 yg ke seterusnya meme menjadi. Jom lah semak resipi, tersangat sayang dgn resipi ni, Tq ya kak ilah berkongsi resipi. Pada sesiap nak mencuba dan tgk langkah demi langkah boleh lah ke blog kak ilah di link dibawah nuuuuuu


RESIPI LAKSAM HOMEMADE
Resipi : Kak Ilahjy
Kongsi Bersama : Embunrosaliza.blogspot.com


3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam (ilahjy guna 3 air panas didih 2 air biasa)
minyak utk lenser tudung periuk
1 tudung periuk nipis mcm dlm gmbr

caranya:aka petua:

panaskan kukusan bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang. setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci seperti dlm gambar.

campurkan tepung gandum dan beras dalam besen.
masukkan air tadi kacau sebati masukkan garam kacau lagi.

masukkan adunan ke dalam jag sambil2 di kacau supaya adunan tepung tidak mendap.
tuangkan separuh dari tudung periuk seperti dalam gambar.
kukuslah sehingga gelembung baru angkat dan buatlah seperti di dalam gambar.

kalau tidak gelembung nanti laksam akan patah dan tak enak/tak masak.
api ketika mengukus perlu kuat supaya tepung cepat masak.

utk cepat proses sejuk sila guna kipas angin sebab tudung periuk 1 sahaja. kalau ada 2,3 lagi cepat. tak menang tangan la pula nanti...hehehe...

sila ulang langkah di atas sehingga habis..
sila guna cawan comel kalau keluarga kalian setakat 3,4 org..
adunan di atas ilah jy dpt buat 8 biji/gulungan.. memang tak lari. ngeh3x

semoga kalian faham..dan dipermudahkan urusan emmmm selamt mencuba org kedah pandai buat laksam apa lagi org kelantan dan trangganuuuu kiteeee ..nor secubit garam pasti pandai kan...ahakssss... joommm layanzzzz..
sekian terima kasih...
siapppp ada yg kena ni kang...dok memuji diri...apa2 je laaaa...senyum mesti selalu..


Ini tepung beras yg saya guna.

Wednesday, October 15, 2014

BUAH KELUBI @ ASAM PAYA

Dah lama tak ber wordless wednesday, pernah makan tak


Tuesday, October 14, 2014

THROW BACK - TERIMA KASIH MAJALAH JELITA MEI 2014

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua.  Biar pun edisi terlewat beberapa bulan, masalah pc meyebabkan kelewatan N3 yg sangat membahagiakan, senyum sampai ke telinga, Terima kasih Jelita.

Namunnnnn kegembiraan ini nak juga di kongsikan di Blog Embunrosaliza,. Gembira tak terkata bila mana blog embun menjadi pilihan Majah Jelita keluaran Mei dalam segmen Ulasan Blog, Inilah Jiwaku, terima kasih banyak2 pada penulisnya Puan Norashikin Md Nor kerana memilih blog akk untuk mengisi ruangan Ulasan Blog.

Blog pilihan pada bulan Mei 2014 Teratak Mutira Kasih ( Linapg ), Dapur Naz, dan Blog Embun Kaseh Rosaliza. Tahniah buat semua yg terpilih.

Terima kasih Jelita

PAU SAMBAL @ BEGER MALAYSIA

Assalamualikum buat semua, dan salam sejahtera, masih ada lagi gambar yg tersisa di hp, walaupun gambar yg lama dan berjaman buat ni tapi resipi belum letak lagi, sayang pulak kalo mensia2kan resipi yg sedap. Anak2 cukup suku pau sambal ni, cuma mamanya kurang kerajinan membuatnya. Selalu kalo ada lebihan sambal ikan bilis mesti nak buat roti puri, tapi bila tgk anak2 mkn bersungguh pau ni seronok juga buatnya




PAU SAMBAL @ BEGER MALAYSIA

resipi : http://www.tiffinbiru.com/2013/10/pau-sambal-mengimbau-kenangan.html
C n P : http://yatiememories.blogspot.co.uk/2013/11/pau-sambal.html
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar gula halus
  • 4 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 2 1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 250 ml air suam
BAHAN INTI :-)

  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada bebola sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang..


HOKI OPEN KUANTAN 11 DAN 12 OKTOBER 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Lama dah tak ada cerita pasal hoki, sebenarnya banyak gambar2 hoki tapi tak sempat nak mengN3. ini kisah baru2 ni. Gambar dari Hp aje yg ada, janji ada kenagan buat anakku Eqa.


Eqa main untuk pasukan Kuantan HA.
Seronok juga bila tgk anak2 bawah 14 tahun ni lawan kakak Terengganu, UTM Skudai, dan USM. Lawan terengganu n UTM seri 0 -0. Kemudian game ke 3 lawan USM dpt anak2 bawah 14 ni kalahkan USM 3-0.

Untuk suku akhir pulak lawan SUKMA Pahang, kalah lah 1-0. Mama berbangga walaupun tewas . Insyallah  anak2 SSTMI boleh.

Tuesday, September 23, 2014

YONG TAU FU

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua sahabat alam maya dan alam nyata. Lama sudah tiada N3 makan2 kat bloh kesayanganku ini. Terima kasih di ucapkan pada yang sudi menjenguk blog ini, mencari resipi, walaupun tiada N3 baru di hidangkan namun masih ada juga yg sudi berkunjung, walaupun tak sehebat blog popular yg lain.

Yong Tau Fu ni sebenarnya dah lama buat , tak tahu berapa kali dah buat. Dulu teragak2 juga, nak buat rasa mcm rumit. Sebenarnya tidak lah serumit mana pun nak menyediakan kuah yong tau fu ini. Terima kasih pada Tun Telani yg meyebarkan virus ini pada akk.

Anak2 pun suka makan, dulu selalu je beli kat pasar malam, mahal ya ampun, sebab anak2 bukannya suka mkn yg jenis berasaskan tauhu pun.

Kuah Yong Tau Fu
Resepi: Minami@myr
Sumber: Kak Ika, tun telani
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan ( 5-6 orang ) 



  • 10 tangkai cili kering - tun guna 3 sb cili giling
  • gula melaka atau kurozato - yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng - rosaliza x letak
  • gula(kalau kurang manis) - Lebih kurang 1/2 sudu besar - tun tak
    letak
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan- Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air - yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto - tun tak letak - rosaliza guna kiub ayam
  • 1 sk sos tiram - tun tambah 
  • 1 sb kicap manis- tun tambah

Cara-cara 
  • Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. - tun skip ni, tun tumis cili giling dan terus tambahkan air dan bahan2 lain.
  • panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  • setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  • masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain
  • Cara rosaliza - goreng cili kering kemudian blender dan masak bersama bahan2 lain. Sebelum masukkan tepung jagung tapis dulu cili, kemudia baru masukkan tepung jagung
untuk sup, rosaliza ketuk bawang putih dan halia, letak 1 kiub ayam, masak hingga air mendidih, kemudian celur bahan2nya.

p/s pening kepala nak edit gambar, tak pandai guna picasa, selalu guna photoscape je. Tak apa lah janji ada N3 dan gambar sendiri masak sendiri

Wednesday, September 17, 2014

KEMBALI BERSIARAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan2 alam maya. N3 terakhir bulan 2.  Setelah 7 bulan tak bersiaran kini ku kembali lagi di alam maya. Mohon maaf banyak2 kerana tidak dapat mengunjungi rakan maya sekelian , rindu sangat2 nak BW, tapi apa kan daya pc teramat lembab.

Kini ku kembali lagi, selama ni tgk dgn hp je mencari resipi dan on9. Insyallah akan aktif seperti dulu paling tidak ada juga n3 dlm sebulan.


Friday, February 7, 2014

KEK RUSSIAN BLACK AND WHITE

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua, malas betul nak menaip N3 sejak akhir2 ni, banyak lagi gambar2 yg telah di tranfer , ada resepi baru n lamaa. Punya la malas, Akhir2 ini mood masak2 pun kurang sejak 2 org anak dok asrama, dan yg sulung pula kerja sementara menunggu SPMnya. Yang ada kat rumah tak berapa suka mkn.

Okey lah cerita pasal kek russian black n white ni, akk buat masa besday Aqil 20.1.2014 lagi, best semua anak2 suka kek ni yg ada rasa cheese dan tak muak, senang pulak membuatnya


RESEPI RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE

Rujukan : Hana (Nak tengok cara melapis refer blog hana yea)
Sumber : LiNa Pg
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan
170g tepung superfine*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus
5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara
Ayak bahan yang bertanda *.
Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (guna hand whisk)
Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit (hingga masak)
Sejukkan.

NOTA : Rosaliza guna resepi kek coklat Linapg. Lain kali nak guna resepi asal kek ni

RESEPI COKLAT GANACHE
200ml whipping cream (dairy)  rosaliza guna non dairy yg tu ada stock kat umah
500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos (LiNa Pg xletak)
2 sudu besar butter

Cara-cara
Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 RESEPI CREAM CHEESE rosaliza guna separuh dari resipi ni
500g creamcheese  rosaliza guna  250grm
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)LiNa Pg xletak-anak xsuka coffee rosaliza x letak juga

Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
REFER KE BLOG HANA UNTUK KAEDAH MELAPIS)
Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.


Sedap n nyaman kek ni . Akk buat 20.1.14 tahan himgga 30.1.14, sebab kek ni akk simpan sepotong utk Eqa masa dia cuti raya cina hari tu, elok je. Simpan dlm esbox la buka letak atas meja mcm tu aje










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...