Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 18, 2010

NASI TOMATO

Salam buat semua, dinner kami semalam akk masak nasi tomato resepi dari CHOPPY @ MYRESEPI, resepi ni simple je, tak perlu guna tomato puri, sos tomato je, bahan2 semua ada. Biasalah umah akk ni kalo makan nasi pesen gini suka sangat ngan kari ayam, atau anak2 akk panggil gulai ayam versi akk la


  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam

  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
    • ## Hiasan ##
    • Bawang goreng

    Cara-cara

    1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
    2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
    3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
    4. Masaklah nasi macam biasa.
    5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng
    Kari ayam pesen akk,tanpa daun kari...busuk kata anak2

Friday, December 17, 2010

APAM BERAS VERSI PELANGI

Salam..ini pun menu dah lama lepas, saje cuba buat dalam loyang..nampaknya anak2 tak gemar pulak buat besar gini. Lain kali kena buat mcm hari tu..kecil2 n comel je. Untuk resepi ni dah ada kat bahagian apam ya..

Yang dah potong2 nampak mcm comel je kalerful gitu

Dapat seloyang besar...

IKAN SIAKAP MASAM MANIS

Salam ceria buat semua, lama rasanya cuti2 n3 ni..banyak sangat n3 tertungga dan basi huhuhu, sebenarnya pc kesayangan akk ni meragam n merajuk ngan akk, ni pun tak berapa nak elok lagi, tapi tak apalah janji boleh buka n BW sikit2 pun jadilah,

Hari tu akk masak ikan siakap sweet n sour ni, guna resepi simple2 je, janji ada rasa sedap, manis sikit n pedas sikit.

Semua main hiris2 je, pas tu guna cili giling n akk guna oyster sebagai perasa. ikan ni dah rasa manis2 n lemak2 dah..lagi sedaplah.

Friday, December 10, 2010

NASI MINYAK HUJAN PANAS

 
Sala buat semua, hari ni pagi2 lagi  akk masak nasi minyak hujan panas, sebelum ni masak juga tapi dah lupa tahun bila heheheh..maknanya dah lama tu tak masak nasi hujan panas ni, rasa macam cantik je nasi niHari tu rasanya nOOrsha ada masak nasi gini..akk pun apa lagi, mencari lah kat Jom kongsi resepi iaitu Myresepi, berkenan sdangat ngan resepi makyong ni.

Nasi awal2 dah masak, tapi lauknya belum siap lagi, kat umah akk ni kalo makan nasi pesen gini selalunya ngan kari ayam je lah. Buat masa ni pun kari ayam tak siap lagi. Lagi pun kalo hari jumaat biasanya kami lunch selepas my abe n anak2 balik solat jumaat.

Akk masak nasi ni guna beras siam je..elok je jadinya, guna sukatan yang sama. Minta izin ya Makyong n Myresepi akk nak c n p resepinya, untuk rujukan masa hadapan.

      BAHAN2NYA
  • 4 cawan beras basmati ( akk guna beras siam je )
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka 
Maaflah ya gambar tidak memuaskan n sakit je mata memandang heheh..edit2 pun tak cantik jugalah, camera cap gayong heheh



    Thursday, December 9, 2010

    SUP TULANG - K.NOR

    Salam buat semua..memang dah jatuh cinta ngan sup tulang kak nor ganu ni, memang sedap n tak berlemak..terima kasih ya kak nor...akk ambil resepi ni dari Myresepi, Kak nor ganu punya resepi.:

    Hujan2 gini makan sup boleh panaskan badan. Terima kasih ya kak nor

    SUP TULANG - KAK NOR GANU

    • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
    • 3 biji bawang merah - dimayang halus
    • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
    • 2 in halia diketuk
    • 1 sup bunjut
    • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
    • bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
    • 3 biji ubi kentang
    • garam dan gula secukup rasa
    • 1 btg celery jika suka
    • 1 kiub pati ayam
    • air
    • bawang goreng dan daun sup

    Cara-cara

    1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
    2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
    3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
    4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
    5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
    6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..

    Tuesday, December 7, 2010

    AIR TEH DANGDUT

     Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432, semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan lebih menyinari kehidupan kita semua, Salam Maal Hijrah dari akk n famili.


    Yokkkkk berdangdut......sejuk sangat di persekitaran umah akk ni..malam tadi hujan membasahi K.L ni, pagi ni pun gerimis juga. Nampak gayanya tak bersidailah kain baju . Sejuk2 gini kalo berdangdut terasa panas gak badan ,bukannya berdangdut gelek2 tu..tapi minum air teh dangdut.

    Yokkkkk berdangdut, gelek2 sambil minum :~







    Resepi ni akk ambil dari Siti Mariam @ Myresepi..minta izin C n P resepi n rahsia teh dangdut ya Yam. Cam pelik je tengok ada 3 layerkan.

    Bahan-bahan ( 1 gelas )

    • 2 UNCANG TEH
    • 3 SB SUSU PEKAT
    • 2 SB SUSU CAIR (option)
    • AIR PANAS (IKUT SUKATAN GELAS)

    Cara-cara

    1. -REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
    2. -1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
    3. -LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
    4. -AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
    5. *SUKATAN AIR DAN SUSU IKUT SUKA KITE SENDIRI NAK MANIS ATAU TIDAK...SUKATAN AIR PUN SAME....IKUT SAIZ GELAS KITA...KALU NK SENANG KITE SUKAT DULU AIR MENGIKUT GELAS YG KITE NK GUNA...

     Sampaikan gelas pun berdangdut juga..senget benget hehehe

    Monday, December 6, 2010

    PUTERI SYAZA AMANI - 2 BULAN

    Salam buat semua, hari ini genap lah 2 bulan puteri akk ni. Lama rasanya baru 2 bulan usianya. Puteri kini manjadi kesayangan kakak2 n abang2nya. Kadang2 tu nak tido pun tak senang di kacau mereka, bukannya kacau apa.nak cium n sentuh2 je. Dulu2 masa diorang kecil tak ingat bagaimana rasa ada adik, ni bila semua dh besar, masing2 seronok sangat. Ini lah Amani kusayang :~



     selalu BW ngan bby nih

    KUIH KASWI - YATIE

    Salam. kuih kaswi merupakan kuih kesukaan akk..apatah lagi kalo yang kenyal2 manja gitu. Tak sangka anak2 pun suka juga bila akk buat sendiri kuih ni. Selalunya kalo yang beli tu mereka ni pabdang pun tak mau, apatah lagi kalo kuih ni jenis yang keras tu. Kaler kaswi akk ni pucat sikit kerana akk pakai nisan yang warnanya tak berapa pekat. Anak2 akk sibuk suruh buat kaler pekat2 mcm Yatie punya. Walaupun kalernya pucat, sekejap je habis, memang best sangat bila makan dengan kelapa.

    Buat dalam bekas kecil, sedap je

    Minta izin Yatie akk nak C n P resepinya  untuk rujukan masa depan

    Bahan-bahan :
    • 1 cawan gula pasir*
    • 1 cawan gula merah*
    • 1 1/2 cwn air*
    • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
    • 1 1/2 cwn tepung gandum
    • 1/2 cwn tepung ubi
    • 1/2 cwn tepung beras
    • sedikit garam
    • 3 sudu besar air kapur
    • 3 cwn air
    • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
    • Kelapa parut + garam
    Cara-cara :
    1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
    2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
    3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
    4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
    5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
    6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
    7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
    8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
    9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
    10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
    11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
    12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
    13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
    14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama







     Selebihnya akk masukkan kedalam loyang..memang lembut sangat, tapi tak menjadi masalah masa potong, pas tu terus gaul kelapa.  Berbalik pada kelapa, mahal bangat ya kelapa sekarang ni..kalo sebelum raya haji hari tu murah je, la ni akk beli kalo kat pasar raya rm 2.29 sebiji, itu pun yang belum parut lagi, paling murah yang akk jumpa itu pun kat pasar borong selayang rm 1.80. Sebelum raya haji hari tu rm 1.00 je dapat.





      Sunday, December 5, 2010

      CENDERAHATI DARI IENA FARINA

      Salam ceria buat semua, tentu semua sibuk bersarapankan. Semalam lagi akk dapat cenderahati ni,tapi tak dapat angkut bawa balik tah kenapa. Terima kasih buat Iena Farina kerana sudi memberi akk cenderahati ni..akk gantung ya.....Semoga hubungan di alam maya ini berpanjangan, suka sangat:~

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...