Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 27, 2012

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI BUAT SUAMIKU DAN MIL



Assalamualaikum buat semua,insyallah 27.9.12 my Abe n MIL akan melaporkan diri di Tabung Haji Kelana Jaya.Insyallah petang nanti kami pun berkampung di sana juga. Di kesempatan ini akk mohon doa dari sahabat handai maya agar mendoakan my Abe n MIL serta seluruh umat islam yg berpeluang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Buat suami ku dan MIlku, kami semua mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi perjalanan dimana saje berada , memudahkan segala urusan samada di Tanah Air mahupun di Tanah Suci Mekah nanti. . Semoga di beri kesihatan yg sangat baik untuk mengerjakan ibadah . Dijauhi dari segala masalah. Semoga mendapat haji yg mabrur.Selamat pergi dan kembali ke semula

Hurmmm walaupun rasa sedih juga di tinggalkan  selama 46 bersama anak2,doa dan harapan akk  semoga Allah melindungi dan menjauhikan kami anak beranak dari segala kesulitan dan masalah, juga semoga anak2 di beri kesihatan yg baik . Ada hikmah yg terlindung di sebalik ini....mudah2an.

-
p/s terima kasih buat seorang sahabat yg akan membantu semasa ketiadaan my abe nanti, moga persahatan ini berkekalan selamanya

Wednesday, September 26, 2012

WW


p/s stok untuk 46 hari, ingatkan 1 kotak  tu 24 tin je , rupa2nya 48 tin,  beli pula 2 kotak..cukup la untuk tahun ni hehe

Friday, September 21, 2012

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU

Assalamualikum buat semua, hari ini merupakan hari lahir my Abe. Dinda mendoakan agar kanda di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, di lindungi Allah sentiasa walaupun dimana saje berada, di beri kesihatan yg baik, juga berjaya hidup dunia dan akhirat. Selamat Hari Lahir, dan tahun ini dapat hadiah yg paling besar, semoga mendapat Haji yg Mambrur, selamat berangkat ke tanah Suci Mekah. N3 lain kali pulak.
p/s masa raya umah makcik ( maknanya ni bukan umah akk lah ya )

Dah lama tak n3, blogger.com pun tak bertukaRRR

Monday, September 10, 2012

RAYA BERSAMA KAK ERNA @ ACIK ERNA

Alhamdulillah hari ahad 8.9.12, akk dan famili berkesempatan beraya bersama Kak Erna di N9, seronok sangat dapat jumpa akk kita yg sangat baik ini. Akk pun mcm tak caya je, my abe nak ke sana, kerana mlm tu dia kena kerja malam,blk kul 7 pagi.  Blk tido kejap je, kul 10am dh bangun jumpa kwn2 UMnya, pas tu terus ada ke jamuan raya dan tahlil lepas zohor, ( akk tak ikut yg ni ) pas tu kami kerumah makcik pulak. Lepas rumah makcik baru nak berangkat ke rumah kak erna, hari tu jalan bukanmain jemmm lagi, dari Kl hingga ke plus highway kereta merayap je. Terlebih dahulu nak ucapkan ribu raban terima kasih buat my Abe.

Terima kasih buat Kak Erna dan famili yang sangat mesra rasa mcm dah lama sangat kenal ngan akk n famili, seronok borak2 dengan abang akk yg kelakar tu tak terasa baru je kenal. Sebgai kenang2an saya tepek gambar kat rumah akk ya :~


 Amani dan acik Erna, memula tu malu2 pas tu ok je, sentiasa peace....
Dah siap2 nak balik, anak2 pula menikmati bubur jagung durian yg sangat sedap. Dan yg paling best akk dapat merasa gulai tempoyak daun kayu hasil air tangan kak erna, dan siap tapau lagi..mekasih kak, ada masa kita jumpa lagi

Saturday, September 8, 2012

AMANI

Assalamualaikum buat semua, Amani yg baru nak baik dari muntah2, tapi ada juga sesekali muntah lagi, entah kenapa. Masa hari ahad lepas sangat teruk minum air terus keluar balik, masa tu dia tak demam pun . Esok tu baru badan dia panas2 sikit, doktor kata dia muntah sebab demam..entah lah. Alhamdulillah semua ok je.  Risau juga akk sebab la ni ramai budak kecil kena cirit birit dan demam yg teruk kena tahan kat spital. Hari ni baru dia ada selera nak makan, badan yg keding makin cekeding

Gambar ni masa dia sihat2 lagi. Takde kerja buat tepek gambar2 dia kat sini.





Hari ini banyak jemputan rumah terbuka, kat kawasan rumah akk ada 3 rumah, rumah makcik di kiara view , putra jaya dan rumah mak3hero ni, insyallah kak kalo sempat nak sangat saya jumpa akk

Thursday, August 30, 2012

TERIMA KASIH....SAYANG

Selamat pagi buat semua, terima kasih di ucapkan pada my abe kerana memahami betapa susahnya isterinya bila mesin basuh rosak, dan telah menggantikan yg baru. Sebenarnya mesin basuh lama akk tu meragam masa bulan puasa lagi, kekadang tak lekat air, masuk air terus keluar, pas tu spin pun kekadang kering elok je kekadang tu basah lenjun. Kesian juga mesin basuh tu dah uzur sangat, berkhidmat untuk akk lebih kurang 16 tahun lalu. Sebelum raya tu my abe dh nak beli baru, tapi akk tak setuju kerana byk juga nak habiskan duit utk keperluan raya.

Selepas balik dari kampung kain baju menggunung terbawa ke hari jumaat bertambah2 lah gunung ganang kain baju kami yg famili besar ini.Hari jumaat tu my abe ada urusan penting. Semoga impian my abe tu tercapai untuk ke dua2 destinasi berbeza walaupun jauh beribu batu  dalam masa yg hampir sama . Sebenarnya akk nak mesin basuh tu sebelum my abe berangkat kesana.

Pagi sabtu ( 25.8.12 ) yg tenang dan kain yg bertambah2, my abe keluar sorang diri, rupanya nak suprisekan akk. Terima kasih banyak2 . Sebagai kenagan dan tanda penghargaan buat suami tersayang akk tepek gambar disini.




Akk masih setia dengan jenama toshiba. Alhamdulillah syukur tak terkata . Jangan ada yg meluat  atau muntah ijo ya, , sekadar berkongsi kegembiraan  saje

Tuesday, August 28, 2012

AIDIL FITRI 2012



Assalamualaikum buat semua....kami balik kampung pada mlm jumaat lepas solat tarawih lebih kurang pukul 10.30pm,alhamdulillah  perjalanan lancar cuma selepas benta ada sekatan JPJ kat situ banyak kereta tapi bergerak. Akk bawa banyak bekalan makanan . Kami sampai di Gua Musang sekitar kul 4 pagi, kebanyakan kedai kehabisan makanan, dan tengah tunggu nasi masak, anak2 oder mee goreng, yg oder maggie sup sampai kesudah tak sampai2. Akk minum je. Kami solat subuh di masjid Gua Musang dan meneruskan perjalanan lebih kurang kul 6.30 lebih. Kami menggunakan jalan Gua musang - jelawang- dabong- jeli - tanah merah lebih kurang 2jam setengah.Alhamdulillah sepanjang perjalanan raya kali ini tiada satu pun kemalangan .

Nak juga tayang gambar raya yg tak seberapa ini untuk kenang2an. Tahun ini giliran akk beraya di rumah Abe, lepas sembahyang raya baru blk rumah bonda akk kejap.



 famili besarku

 Sebahagian dari famili my abe, 2 famili belum sampai lagi masa ni
 Baby adda, amani n fatini, sepupu sebelah my abe
Gambar cilok dari FB Alla, satu2nya gambar raya masa kat rumah bonda, kami adik beradik tak sempat posing, akk n lina pg beraya di rumah MIL masing, bila dh ptg2 mood bergambar pun kelaut. Anak2ku bersama Ucu mereka

 Amani dan maisarah
 Adda bersama Nabilla
 Bersama sepupu sepapat sebelah akk
 Dak Maisarah, yg kini berada di hospital mutiara penang, cepat sembuh ya
Masa balik hari tu lalu ikut CH, sejuk2 pun mkn eskrem

Perjalanan balik ke KL pun lancar cuma banyak rehat je, sbb mengantuk dan penat


Thursday, August 16, 2012

ECARD RAYA





Assalamualikum buat semua pengunjung Embunkaseh Rosaliza, di kesempatan ini akk ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua, mohon ampun dan maaf andai ada yg terluka, terguris rasa semasa di alam maya ini.


Kad dari Izan & Malek

Dari Azmi n Alla

p/s Selamat balik kampung buat semua hati2 di jalan raya..ingatlah org yg tersayang

BISKUT BATU @ ROCKY COOKIE

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua..rasanya dah ramai yg balik kampung, Tak tau nak coret apa kali ni, kain baju pun belum habis kemas lagi.

Buat pertama kali mencuba resipi kak1 ni, saya copy n paste dari myresipi, sedap biskut ni ranggup sangat n anak2 suka, 

BISKUT BATU @ ROCKY COOKIE
Resipi : Myresipi @ kak Wan citarasawan
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 100 biji )

Bahan A
100ml putih telur - rosaliza guna 2 biji putih telor AA
1/8 sudu teh cream of tartar
100gm gula kaster
Bahan B
10gm tepung jagung
100gm kacang tanah - di panggang
80gm hirisan badam - di panggang
60gm coklat chips
1 sudu teh cappucino emulco / mocca / coffee- Rosaliza letak esen vanilla
Cara-cara

1. Pukul bahan A menggunakan kelajuan tinggi hingga kental dan bertanduk.
2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.
3. Sudukan setengah sudu kecil ke atas loyang yang telah di gris terlebih dahulu.
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30-40 minit, gunakan turbo fan untuk 10 minit terakhir supaya putih telur masak sepenuhnya. Tekan dengan jari, jika atasnya masih lembut, bakar lagi sehingga atasnya keras apabila di tekan.- Rosaliza bakar suhu 140C selama 20minit, ( nota utk sendiri bakar 30 minit dh hangus n pahit sikit..)
5. Apabila biskut sejuk, terus simpan di dalam bekas kedap udara

sebelum bakar , loyang terakhir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...