Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 26, 2019

Gulai Darat Ayam campur Jantung Pisang

Assalamualaikum dan salam sejahtera  buat semua yg masih mengujungi blok Embun.. hari ni tiba2 rasa satu semangat.. siap masak snap gambar terus buat n3 blog suam2 kuku ni..
Hari ni tekak terasa nk sangat mkn Gulai Darat ni.. biasa buat gulai darat kosong je x campur apa2 sayur. Kali ini saje cuba letak jantung pisang ala2 teresek , tp teresek x berkuah.. 

Resipi sama juga utk buat teresek gulai darat.. cuma dlm teresek guna keropeh ayam, seperti leher hati tulang kaki ayam.. sayur pula jantung pisang kacang panjang juga cili hijau potong.

Jom semak resipi

GULAI DARAT AYAM + JANTUNG PISANG
Resipi : Bondaku Rubiah
Olahan : Rosaliza @ syazaLiza

Bahan2
1. 1/2 ekor ayam - potong kecil
2. 1/2 kg Santan
3. 2 labu bawang besar*
4. 3 ulas bawang putih*
5. 2 inci kunyit hidup*
6. 1 inci halia*
7. 1 inci lengkuas*
8. 2 sudu besar cili giling
9. 1 SB  ketumbar ( tumbuk halus )
10. 2 keping asam keping
11. 2 SB kerisik
12. Garam
13. Nisan
14. Secukup rasa.
15. Jantung pisang - belah 2 kemudian hiris dan celur terlebih dahulu.

CARA2
1. Ayam di potong kecil2 basuh bersih dan tos kan. Kemudian masukkan ke dlm periuk.
2. Blender bahan bertanda (*) bila cukup halus masukkan kedlm periuk.
3. Buka api dapur.. gaul2kab rencah bersama ayam.. hinggal ayam agak pucat
4. Masukkan 2 cawan air , garam, nisan, secukup rasa, asam keping, tutup periuk dgn api yg sederhana
5. Bila Ayam dah agak masak, masukkan santan dan jantung pisang dan kerisik...biar seketika.
6. Bila dah masak rasakan terlebih dahulu.. sesuaikan rasa... siap.

 Taraaa siap..

Nota kaki: gulai darat biasa x letak jantung pisang.. memandangkan ada jantung pisang kapas kita campur la sekali kedlm gulai.. ini ala2 teresek ya

Sunday, September 15, 2019

Pau Kukus Gebu

Assalamualikum dan selamat pagi 15.9.2019. Lama betul x mengepau ni.. tetiba angin rajin pula.. ke dapur mcm byk rasanya yis tersimpan dlm peti ais...cari punya cari ada separuh paket je yis jenama Saf.. gandum pun ada sikit je..

Untuk tidak menjadi haru biru doh lembek ke apa.
 Kita guna air sedikit sahaja sbb telur pun gred AA.. alhamdulillah menjadi dgn jayanya dpt 15 biji pau 14 saiz biasa dan sebiji buat bentuk suka suki kesnya nk letak inti kacang byk2 dlm tu.. yg pelik tu mesti mama yg punya hehhe

 Ini spesial untuk mama isi inti byk3
 Faktor flash jadi kaler kekuningan
 Sebenarnya kaler mcm ni.. x cukup cahaya matahari guna flash jadi kuni
Yg penting sedap

Pau Gebu
Cnp : yatiememories
Kongsi bersama : rosaliza aka syazaliza
Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)
BAHAN DILARUT BERSAMA
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis
  • 1 sudu  makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara2nya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sikit2 ke dlm tpng hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
    Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus
  6. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.
***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih

Thursday, September 12, 2019

Kek Coklat Kukus Senang dan Jimat

Assalamualikum dan salam sejahtera.. dah lama x buat kek coklat versi jimat cermat menggunakan air masak ni.. sekali buat boleh tahan kesedapannya.. dulu2 dr tahun 2009 memang selalu buat kek versi jimat maklum la ank dh la ramai kecil2 suka mkn kek coklat

Kek Coklat Kukus Senang dan Sedap
Resepi asal : Syida Mustaffa MYResipi
Kongsi Bersama : rosaliza @ syazaliza

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan A
  • 2 Biji telur (kalau kecil 3 biji)
  • 1 Cawan minyak masak
  • Sedikit Esen vanilla / coklat
  • 1 cawan gula
  • Bahan B
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat
  • Bahan C
  • 1 Cawan susu pekat manis
  • 1 Cawan air masak

Cara-cara

  1. Blend bahan A
  2. Ayak bahan B
  3. Campur sebati bahan C
  4. Bahan A dicampur ke bahan B
  5. Bahan A+B tadi dicampur ke bahan C,kacau sebati
  6. Kukus selama 1 @ 2 jam





Friday, July 26, 2019

Gulai Telur Kelantan

Assalamualikum dan selamat petang buat semua pengunjung blog embun... masih ada ke tidak lagi yg sudi kunjung hehe.

Menu gulai telur ayam atau itik ini punyai sedikit kelainan bila guna rempah ketumbar kedlm gulai.. rasa mcm ala2 gulai darat ayam cuma tidak di tambah kerisik sahaja.

GULAI TELOR AYAM/ITIK
Sumber : rosaliza
BAHAN2
5biji telor Ayam / itik
1 labu bawang besar*
1 ulas bawang putih*
Sedikit kunyit hidup*
Sedikit lengkuas*
Sedikit cili giling
Sehiris halia*
1 sudu teh serbuk ketumbar/ rempah
1 keping asam
3 cawan santan 
Garam dan secukup rasa
Sedikit nise

Cara2 membuatnya
1. Blend bahan bertanda *
2. Di dalam periuk masukkan bahan2 blend dan semua bahan2 di atas KECUALI TELOR.
3. Masak santan hingga mendidih,  mesti di kacau selalu utk mengelakan santan berketul
4. Apa bila kuah mendidih masukkan telor satu persatu.
5. Kecilkan api, biarkan telor mengeras ( jgn terlebih kacau nnt telor hancur dan x cantik )
6. Tutup api.. siap.


Selamat mencuba..

Wednesday, May 22, 2019

Berakhirnya sebatang pokok Mangga

21.5.2019... akhirnya tumbang juga sebatang pokok mangga yang sangat2 rajin berbuah dan x pernah putus.. cuma selepas di sebut pkknya akan di tebang.. masa tu masih ada byk buah lagi...dia berbunga agak lebat juga.. tp kami x sempat merasa buah terakhir.. rezeki sang tapai.. yg jatuh semua dh di tebuk tupai.

Pokok mangga ni masa saya baru2 pindah dh pun besar masa tu awal bulan feb 1998.. sentiasa ada je buah dan tersangat lebat. Hanya tinggal kenagan dan ingin ku abadikan kenagannya di sini.. nasib baik ada juga sikit gambar pkk mempelam ini.








Monday, May 20, 2019

Kek Kurma

Assalamualaikum dan salam ramadhan yg ke 15 buat semua umat islam.. memandangkan byk stok kurma maka terhasil lah kek kurma.. adaptasi dr kek pisang...


KEK KURMA
Resipi : rosaliza@syazaliza
Bahan - Bahan
2 cawan gadum
3/4 cawan gula putih @ gula perang
1 cawan kurma buang biji
sedikit garam
1 sudu teh paras baking powder
1 sudu teh paras soda bikabonat
1 sudu teh ovellate
3/4 cawan minyak masak
3 biji telur

Cara- caranya

Blenderkan kesemua bahan2 diatas hingga gebu . ( akk guna food prosseser ) kemudian bakar lebih kurang 40 ke 45 minit..kalo mengguna tin pembakar dapur gas tu. Kalo oven tak pasti pulak

Selamat mencuba dan terima kasih buat sofinar...akk guna sukatan cawan..


Selamat berbuka buat semua...

Friday, May 10, 2019

Sos Black Papper @ Sos Lada Hitam mudah

Assalamualaikum dan selamat berpuasa hari ke 5 buat semua umat islam..

Anak2 cukup suka mkn sos black papper dgn kentang.. asalkan cicah2 mesti nk sos yg mama buatkan.. puasa2 ni layan je la ank tekak ank2.




Boleh semak resipi mudah ini

Resipi Sos Black Papper @ Sos Lada Hitam

SOS BLACK PEPPER 
By lina pg : linapg
Kongsi bersama :  rosaliza
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Sos ini sesuai utk di mkn bersama chicken chop dan apa2 jenis cicahan.
Selamat berpuasa

Friday, April 19, 2019

Kek Oren @ Blended Orange Cake

Assalamualikum buat semua. Hari terlebih rajin sikit.. sikit je tau.. pg2 lagi buat RVC.. tp kek sahaja.. deko2 belum.

Lps tu tgk ada oren byk lagi..dan mlm ni ada meeting krt dan jiran wanita.. boleh la bawa port luck masa meeting nnt.
Lagi moist bila mkn keesokan harinya kalau x habis. Bagi saya suka mkn panas2...
Kemanisan pun sedang2 kalau ikut sukatan yg di beri.. resepi asal 2 cwn gula.




BLENDED ORANGE CAKE
Sumber : myresipi @kakfida
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )o

1 bji buah limau - akk letak 2 sb pes oren ( limau x letak x ada )
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - akk letak 11/4 cawan
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.

Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.

Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


Guna gula biasa saje dan blender halus bersama oren myk dan telor

Thursday, April 11, 2019

Sagu Gula Melaka

Fuhhh fuhhh fuhhh berhasil juga pg2 tiup angin rajin hari ni...dpt la menyejukkan ank tekak.. alhamdulillah semangat nk sambut bulan ramadhan masih berkobar2 lagi.

Sedap sepanjang masa puding sagu ni cepat di masak sedap di makan.





RESEPI: PUDING SAGU GULA MELAKA
Kongsi bersama : rosalizahttp://embunrosaliza.blogspot.my

Sagu:
  • 1cawan biji sagu (warna putih)
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Pewarna kegemaran
Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Masak hingga sagu nertukar jernih.tutp api dan biarkan seketika
  4. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji
  5. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu
  6. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
  Untuk Manisan
  • 1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemidian tapis
Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka. 

Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.
Cnp dr Teratak Mutiara Kasih




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...