Sunday, January 10, 2010

KETUPAT PALAS DAN TAPAI PULUT

Salam dan selamat pagi buat semua..tak kemana kemana ke hari ini. Kali ini aku nak bercerita tentang ketupat pulut versi kelantan. Bagi aku walaupun ketupat ni namanya sama tapi rasa dan cara membuatnya ada perbezaan yang sangat ketara....ada bantahan ke....sebab aku pun tak berapa arif tentang ketupat di negeri lain ni..cuma baru2 ni jiran ku buat ketupat pulut tapi memang lain sangat..tapi dia kata memang macam ni lah ketupat pulut perak....uisss aku kata lain sangat dengan yang kelantan punya...nak tahu kenapa...cara membungkus ketupat tu pun dah lain...pas tu dia rebus ketupat tu dengan santan. ketupat yang aku tunjuk ni direbus dengan air sehingga kering. Isi ketupat pulak macam2 ada..yang manis dan lemak. Kalau yang manis tu ada inti pulak,sama ada kekacang  atau serunding daging.  Boleh tak kita kongsi pandangan mengenai ketupat  palas negeri masing2..samada dari cara buat dan pembungkusannya. Jom layan ketupat palas yang di beli oleh my abe saye ku.:~
RM 2 dpt 5 biji ketupat yang ciconik ini. Tapi kalo kat pasar TMku..murahlah sikit


Yang ini pulak merupakan tapai pulut...biasanya tapai pulut ini di bungkus dengan menggunakan daun pisang. Bagi negeri kelantan tapai biasanya di bungkus dengan menggunkan daun getah atau daun rambai. Daun pisang pula biasa digunakan sekiranya tiada daun2 berkenaan sahaja......di langkawi pun aku rasa mengguna sejenis daun untuk membungkus..daun apa aku pun tak pasti..ini kena orang langkawi yang jawabnya...sila jawab ya ADRY ( dedaun alam ) dan Maria Zaina di sabah sana nuuu. Jomla makan tapai daun getah di pagi hari ini......ini pun dibeli oleh my abe saye ku dekat pantai dalam ( hari ini van dari kelate dtg jual kat Pantai dlm ) kalo nak beli laksa ke laksam ke. jeruk maman ke semua ada hari ini. Jom makan tapai :~

saiznya kecil2 je...comel tengok....rm1, dpt 5 bungkus

pengunaan lidi lagi, kira kelasik punya gitu . Kalo sekarang main hentam ngan stepler je kan
 

Selamat berhujung minggu dan bersantai bersama keluarga ya..............saye sokmo

6 comments:

Kak, saya paling suka tapai pulut yg dibungkus ngan daun ni, sedap tau, tapi tu akan rasa manis sangat n yg paling best kalau tapai tu sejuk...sedapp..
 
salam kak... ni cheq nk hbq, kat sini org gna daun pokok tapak gajah utk bgks tapai pulut. Tapai yg plg unik dh smstinya dbgks dgn daun getah. Unik. Ada gak kat org bgks gna daun keladi, ketapang dn rambai.Dn yg plg teruk buat tapai gna bks plastik. Tak 'enviroment friendly'.
 
salam akak, ketupat palas org ghanu sama ngan kelate punya tapi xde ketupat yg manis. kalu bab tapai memang sama tapi kat muar ni tapai pulut dibungkus dlm daun pisang dan yang paling lain sikit tapai kat melaka. tak tahu dia guna daun apa, tapi berbulu sikit daun tu..dan isi tapai tu ada letak pewarna merah sikit.. tapi yang paling sedap tapai dlm daun getah le.. memang tak leh lawan.. bungkusannya pun comel jer..
 
salam azmiezas....a,a sedap sangat dan terasa kemanisan tapai tu..kalo simpan peti ais lg best sejuk...lg pun tahan lama. kalo dok kat luar dari manis jadi masam pulak...yq ya azmiezas
 
salam adry..muncul juga org lgkawi heheh..a,a lupa la daun tapak gajah..tp akk tak kenal daun lg. a,a daun getah ni mmg unik sangat kan..cantik mcm sarang burung tempua kan...lagi ganas guna bekas plastik tu...tak yah susah cari daun2 ni kan....kira cara alternatif gitu
 
salam zalieda...oo sama ek tupat klate ngan ganu..akk tak pernah tgk n mkn lg....pasal tapai ni mmg yg selalu kita tgk guna daun pisang je kan. ooo kat melaka lain ek..agaknya daun rambai kut bebulu sikit...kita nama je satu malaysia..tapi byk perbezaannyakan.. tapi kalo yg boh pewarna tu rasa mcm lain mcm pulakkan...dh tak jadi tapai...yg putih bersih je. tq ya zalieda. suka akk baca komen2 kat sini
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...