Thursday, May 20, 2010

SPAGHETTI

Salam dan selamat petang buat semua, dah hampir masa untuk makan malam akk baru dapat update blog. Cadang hati nak boh n3 petang tadi, hujan dan petir kuat sangat takut la pulak kena stremyx akk langsung tak dapat nak berjumpa teman2 alam maya tak ke haru kn. Menu ni sebenarnya akk masa untuk lunch.... suka tengok anak2 makan. Tuan resepi minta ijin ya akk nak cedok resepinya, untuk rujukan masa depan, akk kan suka resepi yg sempoi tapi sedap n cepat di masak. Resepi akk ambil rumah Lina_pg, tq ya dik na:~

Ini la jenama yang akk pakai. Akk guna yang 500gm hehehh..maklumla anak ramai
  • 250gram speghetti - (saya guna brand San Remmo Vermicelli )
  • 1 tin sardin size sederhana ( saya guna ayam brand 230g) - hancurkan isinya
  • 1 labu bawang besar ( dadu)
  • 1 biji tomato ( dadu )
  • 2 ulas bawang putih diketuk )
  • 8-10 sudu makan Prego Pasta Sos ( sy gn yg Traditional )
  • 1-2 sudu makan sos tomato
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • Garam & gula@serbuk perasa
  • Olive oil / myk masak
  • Air
Cara-Cara :
  1. Panaskan air untuk merebus pasta , masukkan garam dan beberapa titik minyak. Bila air mendidih, masukkan pasta. Rebus hingga pasta lembut @ betul2 masak.
  2. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga wangi dan sedikt layu. Masukkan tomato tumis lagi..
  3. Masukkan sardin (sekali ngan kuah ), sos prego, sos tomato dan sos cili.Kacau sebati
  4. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan garam, gula@serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tutup api
  5. SeLaMaT MeNcUbA

3 comments:

Salam, mak aii..mkn mknn org putih la pulak. Kalo bihun goreng buh kobis pn sdp!!
 
salam adry...sekali sekala tukar selera kihkihkih......apa2 pun nasi tetap no 1
 
mmg sdap...siap tmbah2 lg...ahaks~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...