Saturday, July 10, 2010

KUAH KACANG VERSI KELANTAN

Salam sekali lagi berjumpa kita tapi tak bersua dialam maya ini. Ini ada lah susulan dari nasi impit yatie us tu. Anak2 akk memang  n amat menyukai nasi impit kuah kacang kelate gini. Mungkin selera orang lain tak dapat terima kuah kacang gini, tapi bagi akk n famili amat menyukainya.....kalo nak pedas lebihkan cili ya. Kalo ada sapa2 nak cuba resepi kelate gini silakan ya.......Buat En Daun boleh la suruh mahsuri masakan kuah kacang ni, en daun amat suka ngan kuah kacang ni, tapi tak taulah kan kut2 suka kuah kacang yg ada gamat kat dlm heheheh.

Jemput makan semua...makan dialam maya je lah nampaknya.


Yang ini akk letak isi ayam, tapi akk tak suka isi ayam,...mkn kuah je lagiiii bestttt

Untuk Resepinya;~
KUAH KACANG KELATE

21/2 Cawan kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan diblender kering)
13/4 Cawan Santan Pekat
4 Cawan air

BAHAN UTK DI BLENDER*
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
5 tangkai cili kering * ( nak pedas tambah lg)
2 batang serai di ketuk manja  ( ditumis bersama bahan2 diatas)

2 keping Nisan
3 Sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Sedikit minyak untuk menumis

CARA2 MEMBUATNYA
~ Blender semua bahan2 bertanda*. Kemudian tumis bahan2 bertanda * bersama serai  sehingga wangi, kemudian masukkan air dan santan. Kacau seketika.

~ Kemudian masukkan kacang, nisan, gula, garam, asam keping, kacau sentiasa. Gunakan api yg sederhana.

~Masakklah sehingga pecah minyak, sesuikan rasa. Siap

Note ; ini kuah kacang versi kelantan rasanya pedas n manis. Kuah ni cukup2 dengan nasi impit kat bawah tu...mmg tak membazir langsung


*** akk nak kuar kejap nak pg tengok anak2 ujian silat gayong untuk naik bengkong hari ini...harap2 Along n Eqa lulus dengan jayanya********sayang semua anak mama ♥♥♥♥♥

4 comments:

Lamanya tak makan nasi impit ngan kuah kacang..selalunya makan ngan sate, adala....
 
salam azmiezas...kalo ada masa boleh la cuba...stail kelate pulak heheheh.Tq ya azmiezas
 
bestnya kuah kacang kalo makan ngan ketupat or bread pun sedap nih kak..
 
Salam sue...kalo tekak akk anak beranak ni mmg sedap la kuah gini....lain negeri lain cara masaknya kan, srwk mcm mana ek kuah kacang ni sue
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...