Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, July 8, 2010

SWEET PINEAPPLE COCKTAIL

Salam dan dan selamat petang buat semua....jom minum cocktail buatan sendiri....rasa mcm yang kat dlm tin juga. Terima kasih Myr dan Che`Iza kerana resepi yang sempoi ini:~


Jemput minum ya...kalo nak banyak kena buat sendiri ya,

Bahan-bahan ( 6-8 gelas (ikut saiz gelas) )

  • 1. Sebiji nenas
  • 2. 1 liter air
  • 3. 100 gm gula
  • 4. 50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
  • 5. Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Potong nenas dalam bentuk kiub
  2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
  3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
  4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...