Thursday, November 25, 2010

KERUTUK DAGING

Salam buat semua rakan - rakan dialam maya ini..tentu sibuk di dapur bagi surirumah ya...lebih2 lagi musim cuti sekolah gini...tentu meriah je rumah. Dan sudah semestinya memenuhi permintaan anak2 dengan juadah kesukaan masing2. Hari ini akk nak kongsikan resepi yang akk ambil dari Myresepi - kalo myresepi tak boleh nak buka bagai nak meroyan akk dibuatnya..alhamdulillah myresepi ok n laju je sekarang ni, terima kasih buat Yani taukeh besar MYR. Resepi ni kepunyaan Makyong.

Dulu2 akk tak kisah mana pun ngan resepi kerukuk ni, tapi akhir2 ni MIL akk selalu masak kerutuk gini,best sangat rasanya. Akk pun cari lah rempah kerutuk timbang kat pasar Tanah Merah, bermulalah projek kerutuk ni...mmg sedap rasanya manis2 sikit.

Selalunya kenduri di kelantan orang selalu masak gini selain dari kari biasa. Jom tengok daging kerutuk  akk :~



Minta izin ya Makyong akk tepek resepi ni kat sini..untuk rujukan masa hadapan
  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.
Akk tambah serai yang di ketuk n tak letak kicap

Inilah rupa rempah kerutuk yang akk guna..beli masa balik Klate hari tu. Kat pasar2 dikelantan ada banyak jual rempah2 gini dan dijual secara timbang..akk beli rm2.00 je banyak juga dapatnya. Kalo sapa2 yang pergi ke klate cubalah beli rempah timbang gini..tapi kalo di klate tak panggil rempah , tapi dipanggil AWAH ya


Dan yang ni pulak Puteri Amani kesayangan n  pojaaann keluarga akk..gambar hari ni
Buat Auntie Hasue,Amani dah makin bam2 ni. amani harap auntie sihat2 ya..tak sabar amani nak tengok baby baru ni..miss u auntie

8 comments:

salam rosaliza..amboi..comel dan montelnya puteri sorang ni..
ros..rempah kerutuk tu..ada jual ye..kat tempat lain ada tak.akak nak cuba jugak la..
 
Salam kak rosa, dulu pernah msk kerutuk ni guna rempah sri tunjung dari kelantan jugak..mmg sedap. eh eh..makin bam puteri amani tu ya, geramnya tengok pipi dia..
 
Salam Rosa, kat Sarawak memang takde jual rempah kerutuk ni, tapi cara-cara membuat nya agak sama macam memasak 'Kurma' ye?
Nampak sedap!

Comel sungguh Puteri Amani :)
 
Salam Kak erna..amani dah makin bam2..

Rasanya ada kut jenama adabi, boleh lah akk cuba, mmg sedap lain rasa dari kari,
 
Salam Azlina..oh ada ek rempah sri tunjang..akk tak tau lah pulak , selalu beli yang timbang je, tak kira jenama apa janji masak kerutuk mesti sedap. tq ya Na
 
Salam Puan Isah...saya tak pastilah ada ke tak kat Sarawak..a,a macam masak kurma..cuma rempah je lain
 
Salam....Kak Lin Pantang Tgk Budak Comel Dan Tembam Ni....Mau Ku Cubit Pipinya Bu....Hehehehe Jg Mare...Ampunn!!!! Kak Lin Gurau Jer.....
 
Salam Lin Rosly.....tu lah kan bila tgk bdk2 bam2 mmg nak cubit2 kan hjeheheh
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...