Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 10, 2010

NASI MINYAK HUJAN PANAS

 
Sala buat semua, hari ni pagi2 lagi  akk masak nasi minyak hujan panas, sebelum ni masak juga tapi dah lupa tahun bila heheheh..maknanya dah lama tu tak masak nasi hujan panas ni, rasa macam cantik je nasi niHari tu rasanya nOOrsha ada masak nasi gini..akk pun apa lagi, mencari lah kat Jom kongsi resepi iaitu Myresepi, berkenan sdangat ngan resepi makyong ni.

Nasi awal2 dah masak, tapi lauknya belum siap lagi, kat umah akk ni kalo makan nasi pesen gini selalunya ngan kari ayam je lah. Buat masa ni pun kari ayam tak siap lagi. Lagi pun kalo hari jumaat biasanya kami lunch selepas my abe n anak2 balik solat jumaat.

Akk masak nasi ni guna beras siam je..elok je jadinya, guna sukatan yang sama. Minta izin ya Makyong n Myresepi akk nak c n p resepinya, untuk rujukan masa hadapan.

      BAHAN2NYA
  • 4 cawan beras basmati ( akk guna beras siam je )
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka 
Maaflah ya gambar tidak memuaskan n sakit je mata memandang heheh..edit2 pun tak cantik jugalah, camera cap gayong heheh



    17 comments:

    salam rosaliza..akak pun dah lama tak buat nasi hujan panas ni....tq ros..kongsi resepi kat sini..boleh akak cuba nanti..
     
    Salam kak rosa,
    Nasi saja ka? Mana lauknya? Kesian kat lauk tu tak dpt msuk blog..huhu..
     
    Pernah rasa sekali jer nasi hujan panas ni tapi dah lama dah ... :)



    x nk jemput datang rumah ker ... lalalala
     
    Uishhhhh sedap nampak!!! Dah abis ke kak?? :)
     
    salam kak..xder susu cair ek kak..sy bese wat letak susu cair. ok,leh try resepi ni pulak ;)
     
    wah..berselera sekali
     
    sodapnye!!
    lapar la pulak rasanya.. =)
     
    Salam Kak erna...resepi tu saya ambil kat myresepi...tepek kat sini senang untuk rujukan sapa2 yang nak buat..tq ya kak
     
    Salam Kak erna...resepi tu saya ambil kat myresepi...tepek kat sini senang untuk rujukan sapa2 yang nak buat..tq ya kak
     
    Sala, Adry..lauknya masa tu lom siap lagi..lps boh n3 pasal nasi, lauk pun masak, malas dh nak upload pic pulak heheh..janji mkn nasi ada lauk ok dh tu heheh
     
    Salam Chak..nasi ni lebih kurang ngan nasi minyak biasa je,,cuma kalerpul sikit, bagi meriah heheh
     
    Hai love....nasi tu dah lama basi..kalo akk bagi kang sakit peruttt pulak heheh
     
    Salam Cplud Miera..akk buat yang ni tak letak susu cair pun, tapi rasanya mmg sedap. dulu2 pun akk buat guna susu cair gak...yg ni jimat kos lah sikit heheh, boleh lah kalo nak cuba
     
    Salam Cplud Miera..akk buat yang ni tak letak susu cair pun, tapi rasanya mmg sedap. dulu2 pun akk buat guna susu cair gak...yg ni jimat kos lah sikit heheh, boleh lah kalo nak cuba
     
    Salam Cikgu sal...berselera bila anak2 suka mkn heheh
     
    Salam Hanyaaku...akk nak bagi pun nasi tu dah basi heheh
     
    Salam Hanyaaku...akk nak bagi pun nasi tu dah basi heheh
     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...