Monday, September 19, 2011

COLEK DAUN KADUK @ MIANG KHAM

Assalam buat semua, terasa lama sangat tak n3 pasal makanan kat sini, ini pun makan masa balik kampung n time puasa hari tu lagi.


Colek daun kaduk? eh sebenarnya ak je panggil macam tu, mengikut kaum kerabat org Thai , colek ni dimakan masa ada keramaian, atau majlis2 tertentu, macam adat orang sebelah Thai...eh kalo salah tolong betulkan ya pada sapa2 yang tahu, akk tak berapa nak tahu cuma makan tu mmang rasa sedap n lain je. Pertama kali akk makan colek ni tahun lepas masa bulan puasa, mmg jatuh cinta bagi penggemar ulam2an ala kunyah2 macam org dulu2 makan sirih atau pun sirih gobek gitu heheh. Tetapi bagi yang tak suka bau daun kaduk rasanya tak boleh ditelan.


Cara2 nak makan daun kaduk ini  :~ mula2 sekali buat kelongsong, pas tu ambil sedikit bawang, hali muda ,cili api, kelapa goreng, kacang tanah, udang kering, potongan limau nipis pas tu letak sesudu sos ...lagi banyak sos lagi sedap...pas tu kunyah2. Emmmm kecur liur lak rasa ni heheh. Memula kunyah tu rasa msam pedas manis n ranggup...tak terkata kesedapannya.


Colek ni kalo buat sendiri sah2 lah tak jadi, lagi pula kejadiannya memang tak sama dengan yang di beli kat Golok ni, harga sebelah sana RM 2.50 . Bukan akk pergi sebelah Golok ya ..takut ), tapi dibeeli oleh  bonda akk, yg suka  ke sebelah sana.



Inilah colek tu, dah siap bahan2 semua, akk boleh makan 3 helai daun tu..mmg asyik je kunyah2 ni, ranggup, pedas dan sedap,

Masa puasaje dapat makan ni, masa hari2 biasa lupalak nak tanya ada orang jual ke tiDakk. 

update 11/11/14
p/s tq buat Maz - ilhamdapur yg berkongsi resipi miang kham ini, akk c n p kat sini ya

Miang Kham @ Thai Leaf Wraps

Resipi : MAZ - ilhamdapur
 kongsi bersama ;  embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan Sos Manis 


  • 120g thai palm sugar (nisan putih - seperti dalam gambar) nisan putih (thai palm sugar) 
  • 2 keping hirisan halia 
  • 1 sudu kecil udang kering thai (seperti dalam gambar, yang warna oren)
  •  sedikit air (dalam 1/2 cawan)
  •  sos ikan (nampla) secukup rasa 


Cara 


  1. . Tumbuk lumat halia dan udang kering. 
  2. . Dalam periuk satukan semua bahan kecuali sos ikan. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih lama sikit.
  3. . Masukkan sos ikan secukup rasa. Masak lagi biar mendidih atau renih biar lama sikit. Padamkan api (sos akan menjadi pekat bila dah sejuk sikit, air tu agak-agak la ye, jangan banyak sangat, maz tak sukat pun sebenarnya, sos ni pekat mcm susu pekat gituw dan rasanya memang manis sebab nak seimbang dengan rasa bahan lain).


 Bahan Lain


  •  daun kadok secukupnya
  •  limau nipis 
  • halia muda 
  • cili padi merah/hijau
  •  kacang tanah yang digoreng
  •  bawang merah 
  • udang kering thai
  •  kelapa goring - hiris halus kelapa dan goreng hingga perang tanpa minyak (bukan kelapa parut ye) 


Cara : Ambil sehelai daun kadok, letak sikit setiap semua bahan, masukkan sos manis secukupnya. Bungkus sikit dan terus kunyah-kunyah. Sedapp

15 comments:

Saya dah lama teringin nak buat tapi x pernah jumpa lagi.. macam sedap aje
 
@Cheq Sue

assalam sue, akk sebelum ni pun tgk je x pernah nk beli, bila bonda beli dapat lh rasa. memula tu rasa tak best je, makin kunyah makin best lak heheh
 
Tak pernah makan colek ni....jarang2 jumpa..
 
As salam kak rosa,
I pn snap gak gmbr menu tradisional Thai ni tp versi daun kaduk yg layu..haha.. Nk post sbg n3 tp lupa pulak nama betoi menu ni.
 
ms bln x pose xde colek daun kaduk ni..kata bonda..
 
ting tong...ni kita manok make colek nih..huhu
 
Assalam kak rosaliza, selamat hari raya maaf zahir batin..lambat kitaa tiba dapur akak ni ya..daun kaduk ni macam sireh ke?..tak pernah kita tengok..
 
assalam rosaliza..akak tak suka bau daun kaduk..tak dapat le nak makan nampaknya kan..
 
kak rosa..baru kali pertama dengar ni..darat sungguh saya huhu..cam sedap je tu
 
oooo....ada colek daun kaduk ye, belum pernah rasa... mesti sedap tu..
 
assalam kak rosa..ni baru betoi..selera jer nk mkn,aritu nyer..mmg ilang selera dah sbb dah kecut huhuhu..sedap eh colek kadok ni
 
Tak dapat bygkn camana nak mkn colek daun kaduk ni kak..dulu2 jer pernah tengok daun kaduk ni..kakak sue biasa letak dalam masakan..tp x penah try lak..hehe..sedap yer kak..tp kalo x reti mkn sirih agak2 leh telan x?hehe
 
salam perkenalan k.rosa....huish!ni menu bahagia kami sekeluarga klu balik ke besut (kg saya)....kakak saya @kg mmg terer buat sos colek kaduk ni(saya blm try masak lagi sosnya)....btw daun kaduk ni juga mmg purposely d tanam oleh abg ipar utk tujuan makan2 kami bila berkumpul..huhu!!!xsabarnya nak blk Msia&kg tercinta...
 
nani tak pernah jumpa lagi colek kadok ni. daun kadok pon tak pernah pulak nak makan mcm ni. selalu makan yg dihiris nipis dalam kerabu je.
 
x prnh mkn,xprnh dgr,xprnh jmp..huhu..sedap ke ekk,ade halia bagai..daun kaduk selambak blkg umah,rase nk bunuh je.xtaw lak ade org wat colek gini
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...