Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, June 27, 2013

KEK COKLAT KUKUS MOIST - CHEF ZUBAIDAH

Assalamualikum buat semua, kek coklat memang sentiasa menjadi pilihan anak2 kat rumah ni, tak reti dh nak minta kek lain kalo untuk mkn2 atau besday. Yang ni akk buat masa besday anak no 3  pada 5.5.13 hari tu lagi, memamng sedap sangat



RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa
sharing : lina pg
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko* -1 cawan
  • 200g Gula pasir*11/2 cawan gula halus
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*- 1 cawan
  • 250g Susu Pekat*-1 cawan
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum - 11/2 cawan
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara
  1.  Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2.  Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3.  Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

topping tu coklat masakan campur mentega saje

4 comments:

terliur nya...nak try buat lah...
 
Sedapnya.....saya pernah buat tapi tak brapa menjadi....kena try resepi akak pulak..
 
Memang sdp sgt kek cekelet ni kan?
 
Salam kak rosa.. sedapnyer.. mmg kalau budak2 ni kek coklat la yg dituju. mak budak pun suka makan jugak.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...