Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 7, 2019

PUDING KARAMEL SENANG

Assalamualikum dan selamat pagi, pagi dah siap 2 loyang size 10 inci puding karamel. Harap menepati citarasa.

Sebenarnya puding ini di tempah, tp memandangkan utk majlis tahlil makcik niat hanya bersedekah sahaja utk jamuan selepas majlis tahlil mlm ini. Harap menepati citarasa datuk datin dan hadirin ssemua, segan pula aih bila kita org biasa2 ni datin yg oder. Semoga kena dgn citarasa.

Selalu duk buat guna 3 biji tlor dan roti je

PUDING KARAMEL
Loyang 10 inci ( utk jamuan )

Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan Untuk Puding:
  • 10 biji telur ayam gred B - rosaliza guna AA
  • 1 tin susu/krimer pekat manis (505gm)
  • 1 tin susu air (guna tin susu tadi)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • Bahan Untuk Karamel:
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar air panas - rosaliza x letak air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sediakan Karamel terlebih dahulu. Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air panas lagi. Boleh tambah sedikit air lagi jika terlalu pekat. Padamkan api. Tuangkan ke dalan bekas untuk dikukus.
  2. Pecahkan telur kedalam mangkuk (cuci dulu telur tu). Masukkan susu/krimer pekat manis, Air dan esen vanilla bersama telur tadi.
  3. Kacau rata bahan bahan tadi. (Jangan dipukul nanti kembang pulak).
  4. Dah rata, Tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah dituang karamel tadi. Kukus selama 30 minit.
  5. Dah masak sejukkan dan bolehlah diterbalikkan ke atas pinggan hidangan.Selamat mencuba.
Masih panas lagi ni, atas permintaan puding ini x di terbalikkan utk senang menghidang mlm nnt.

1 comments:

Assalamu'alaikum, saya dari tarahap.xyz ingin berkongsi pautan dengan blog korang, saya akan menaruh pautan blog ini ke https://tarahap.xyz

Saya cuma minta puan untuk menaruh juga pautan kami ke blog ini dalam widget "My Blog List"

Sekiranya anda bersedia, saya ucapkan terimakasih ;)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...