Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 9, 2010

DAGING KANDAR

Salam dan selamat petang buat semua.Dah lama nak buat daging kandar kaksma ni...tapi asyik tertangguh je, hari ini semua bahan2 dah ada...awal2 lagi akk masak untuk makan malam. Sebenar ni resepi ni dulu2 selalu juga akk buat...bila dah lama tak buat terlupa lak pulak resepinya......pas tu pulak Myr kdg2 susah bangat nak masuk .  Masa akk masak daging ni anak2 duk ulang alik ke dapur  tanya mama masak apa sedapnya bau....... muka masing2 mcm tak sabar je makan hehehe . Kakasma izinkan saya C n P resepi ya untuk rujukan masa depan. :~



Untuk resepinya akk tepekkan kat sini ya

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti
Tq buat kak asma

5 comments:

sedap ni tengok bahan2 pun..saya pun nak amik resepi ni la kak..mintak izin ye
 
salam izah....mmg sedap sungguh2 daging kandar ni...sila kan izah amik la...untuk di kongsi bersama dah ni
 
Salam, dgg kandar sj ke? Mana nasi kandarnya?? Meh sini 2 pinggan.
 
Mesti sedap ni.... lebih2 lagi kalau Kak Liza yang memasaknya.. :)
 
salam adry...nah amik 2 pinggan..sedap tak terkata . Tq ya

Salam Nida....akk masak biasa2 je nida...nida lg terror bab msk2, akk menu biasa2 boleh la....kalo yg western out la heheh
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...