Salam dan selamat petang semua...azan asar baru saje berkumandang...sekejap je masa berlalu. Petang ni akk buat pulut lepa. Biasanya sebelah kelantan panggil pulut panggang ni dengan pulut lepa, entah la akk pun tak tahu la asal usulnya. Lama dah rasa nak buat pulut lepa ni....lebih2 lagi hari tu akk ada buat sambal ikan atau lebih dikenali dengan serunding ikan..., tapi akk dah biasa panggil dengan sambal ikan je......Petang ini dengan rajin campur juga sedikit kemalasan akk gagahkan jua membuat pulut lepa versi akk sendiri...biasa kalo beli kat kedai atau pasar malam mereka selalu menggunakan inti serunding kelapa......tak menepati citarasa akk pulak kalo inti kelapa tu. yg ori kelantan sambal ikan la...best, jom layan gambar yang tak seberapa ni.....tak sabar nak makan ni tapi kena tunggu magrib dulu la...baru dapat makan,........
Bakar ngan dapur gas je..bau sedap je
Daun pisang yang cinonik je....anak pkk pisang je hehehe
Pulut yang digaul ngan santan
~21/2 cawan beras pulut ~ direndam seketika, kalo beras pulut yg putih melepak tu rendam sekejap pun dah memadai.
~1 cawan santan pekat
~1 sudu besar gula
~garam secukup rasa......untuk rasa lemak manis
~ Kukus pulut sehingga masak, kemudian angkat dan digaul dengan santan yang telah dicampur dengan gula dan garam. Kemudian kukus lagi sehingga pulut berwap ataupun masak
Lepas tu buatlah mengikut kereativiti masing2.......akk main bungkus je....pesen kurang kreatif. Tq buat abe yang tlg bakar heheheh...sampai lupa nak snap pic masa dok bakar heheh.
Sambal ikan ~ bahan2 asa je akk boleh bagi, akk masak main boh je
:~
Ikan di rebus, guna isi sahaja, dan diblender dgn santan~ apa2 jenis ikan sahaja, akk guna ikan selayang
Santan
Garam, lengkuas, halia, bawang merah, bawang besar, 1 ulas bawang putih, rempah, sedikit cili kering. 1 keping asam keping, serbuk perasa, dan sedikit nisan......semua diblender.
Satukan kesemua bahan2 didalam kuali dan dikacau selalu. Masak sehingga betul2 kering.
Friday, June 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kalau kami kat utara sana panggil pulut udang,..intinya lebih kurang inti cucur badak ada udang sayur, sedapp..lemak2 gitu..
Post a Comment