Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 12, 2010

KUIH SERI MUKA @ PULUT SERI MUKA SIMPLE

Salam buat semua...pagi ini akk n anak2 sarapan dengan kuih seri muka....resepi yang simple ini je....jom la..ada sikit lagi ni:~



Belum di potong lagi....

KUIH SERI MUKA..SEMPOI
A.
2 cawan beras pulut
11/2 cawan santan
Sedikit garam

Didihkan air didalam pengukus....satukan bahan2 A, alaskan loyang menggunakan plastik. Rata kan pulut...kemudian kukus selama 10 minit atau sehingga pulut masak, kemudia tekan2kan pulut agar mampat dan padat.

B.
2 cawan santan
1/2 cawan gula akk tambah lagi 1 sudu besar
1 biji telur
1 sudu besar tepung jangung
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
pewarna hijau
1 sudu besar air kapur

Satukan kesemua bahan2 di atas...kemudian di blendkan. kemudian di curahkan keatas pulut yang sudah masak itu. Kukus selama 20 minit.....atau sehingga masak.

resepi sangat simple dan jimat kos...sekadar mencuba pelbagai resepi

2 comments:

Salam rosa
Kuih seri muka ni kegemaran saya...teringat pada arwah emak yang rajin buat kuih ni untuk minum petang, saya belajar dari dia :)

kuih rosa nampak enak sekali!
 
salam rosa..kecor air liur akak tengok serimuka ni..kegemaran akak ni..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...