Kek oren lagi....dan lagi, suka sangat buat kek ni kerana hasil yang memuaskan dan rasanya teramat sedap. Kali ini akk menggunakan 2 sudu besar oren sunquick je, rasa mmg sama ngan guna sebiji oren sunkist.
KEK OREN
resepi Asal : Kak Fida @myresipi
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 bji buah limau - Akk guna 2 sudu besar oren sunquick
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - 1 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. - akk bakar 30 minit suhu 150c
Kalo nak tengok senarai laporan masakan bolehlah ke Myresipi, mmg ramai yang telah mencuba kek ni dengan berbagai pesen buah-buahan . Hasilnya amat membanggakan. Kek ini memang senang sangat nak buat. Cukup2 bahan2 pasti menjadi. Jangan takut untuk mencuba.
Masa untuk membuat kek ni pun tersangat lah cepatnya. Kek ni akk buat jumaat lepas bawa pg Royal Selangor Club, Eqa ada perlawanan hoki masa tu.
Thursday, July 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
hero kedua tak suka..kalau maknya buat nanti kesian pulak sorng tak makan..baikakak buat yang ekolat..semua makan..
kalau teringin nak makan..akak beli je
Memang sedappp kan kek ni... buat pun senangg... dah bbrp kali jgk nurul buat... :)
http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
Post a Comment