Ikan jenahak gulai kuning ( lengkuas kunyit ), sedap juga. Akk menggunakan bahagian kepala dan sedikit isi untuk di gulai. Terasa kemanisan isi ikan tu bila masak gini. Kalo tak salah ini menu yg sangat popular di Klate, kita panggil gulai kkuah kunyit.
GULAI KUNING IKAN JENAHAK
resipi : http://embunrosaliza.blogspot.com
Bahan - bahan
Beberapa keping ikan jenahak + kepala ( digaul dgn garam kunyit)
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 keping asam keping
garam dan serbuk perasa
Santan secukupnya
Timun atau kacang
Cara- cara
Gaul ikan dengan garam dan kunyit, biar seketika. Blender lengkuas, kunyit,bawang merah dan bwg putih.
Masukkan ikan kedalam periuk serta bahan2 blender tadi, garam, asam keping , perasa dan santan.
Masak hingga mendidih, kemudian masukkan timun atau kacang, tunggu hingga empuk, sesuaikan rasa.
guna bahagian kepala lagi best. Sedap dimakan bersama nasi panas berserta budu dan ulam2an
}~22.julai.2011. Happy birthday buat Maisarah (anak linapg ) yang pertama, semoga maisarah membesar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan nakal2 ya
Friday, July 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Post a Comment