Berbalik pada menu kita hari ini crispy potato wedges, sebenarnya dah lama sangat anak2 minta suruh buat, mamanya asyik ckp nnt mama buat lah ya, bukannya susah mana pun nak buat wedges ni, ubi kentang pun selalu ada je kat peti ais, cuma malas nak membuatnya, kalo buat sikit dah tentu tak cukup.
Bila time posa, suka sangat akk kalo dapat memenuhi permintaan anak2, rasa cukup puas hati. Bulan puasa ni keistemewaan pada anak2 segala apa yang dihajati pasti akan akk turuti, dari segi makanan la, mengarut2 tak ikut juga heheh.
Resipi wedges ni akk copy n paste dari Myresipi @ nOOrsha, minta izin ya Sha, akk C n P untuk rujukkan masa depan akk
CRISPY POTATO WADGES
nOOrsha @ Myresipi
Bahan-bahan ( 2 orang )
- 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji - akk buat 6 biji xl
- 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji putih telur - dikocok
- Tepung gandum secukupnya untuk salut
- Garam
Cara-cara
- kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
- Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
- Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
- Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
- goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
- Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
kentang ni kaler kuning sikit, kulitnya agak keraas, mungkin kentang tua kut, tapi isinya sedap manis. Sedap cicah sos cili n mayonis
Memang sedap, dan cepat dimasak, cepat dimakan. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua
12 comments:
assalam amie, heheh org tua pun mkn sama byk ngan bdk2 heheh
Assalam erma, tu la anak ramai kalo beli mmg tak cukup la, buat sendiri mmg best dpt mkn sepuas2nya.
tahun ni akk pun buat biskut yg simple2 je, lagi satu yg anak2 suka je, pas tu beli kerepek je heheh
Assalam nani, memang sedap cicah sos mcm yg kfc tu
assalam kak, silakan kak, best cicah2. kentang biasa je kak
sedap nih kak...kat umah ni kalo nak cepat empuk cmpak aje dalam pressure cooker..malas bebeno menunggu lama.hee
Post a Comment